Jul 30, 2017

Cara Melunaskan Hutang Melalui Takaful Kerana Hutang Wajib Dibayar


Boleh dikatakan 90% umat Islam Malaysia terlibat dengan pelbagai hutang, di antara hutang yang dimaksudkan ialah hutang rumah, kereta, peribadi dan sebagainya. Memang semasa kita mengambil loan atau pembiayaan peribadi diwajibkan kita mengambil takaful sekali untuk melangsaikan segala hutang yang ada apabila berlaku kematian kepada diri kita.



Setiap bulan kita dikehendaki membayar hutang, waktu itu juga kita kehilangan pekerjaan, isteri pula tidak bekerja, kalau pun bekerja pendapatannya tidak cukup untuk menampung kos rumahtangga dan rawatan kita apatah lagi hendak membayar hutang.

Tips Jimat Cermat Belanja Dapur



1. Merancang belian sebelum pergi membeli belah. Buat list yang lengkap untuk mingguan.
2. Buat langkah perbandingan harga dan pilih tempat paling murah jika perlu.
3. Membuat belian seminggu sekali atau tidak terlalu kerap .Ini kerana kurangnya kekerapan pergi berbelanja, lebih banyak penjimatan boleh dilakukan. Kita cenderung untuk membeli ekstra apabila berada di pasaraya.
4. Lebih peka kepada harga mengikut berat barangan. Kadang-kadang pakej yang lebih murah mempunyai berat yang kurang dari barangan disebelahnya yang lebih berat. Apabila diletak bersebelahan, secara psikologi kita memilih harga yang lebih murah sedangkan beratnya berbeza.
5. Beli barangan kering dalam pakej besar, bukan membeli satu-satu paket kecil.
6. Masak sendiri dan masukkan lebihan dalam freezer
7. Masak lebih makanan atau lauk tertentu dan simpan di freezer untuk dipanaskan pada hari yang lain. Sesuai untuk yang sibuk.
8. Jangan terperangkap dengan jenama. Biasanya ia lebih mahal melainkan ianya memang yang betul-betul terbaik
9. Jangan membeli sewaktu lapar.
10. Beli lebih sayuran dan buah-buahan yang secukupnya untuk dimakan dan sentiasa diletak dalam freezer.
12. Jangan beli produk barangan peribadi di kedai runcit. Rancang belian kita agar dapat membeli barangan tersebut yang biasanya boleh didapati lebih murah di farmasi atau pasaraya.
13.Tanam sendiri herba yang ringkas seperti kunyit, serai , daun kesum atau ulam-ulaman.

Jul 21, 2015

Pengecualian Khusus




Pengecualian khusus ialah dimana situasi apabila individu yang hendak mengambil pelan takaful telah mengidap atau mengalami penyakit yang tertentu. Penyakit yang sedia ada itu tidak akan dilindungi. Penyakit yang berkaitan dengan penyakit sedia ada juga tidak dapat dilindungi oleh pihak takaful.

Contoh penyakit tiroid, apa-apa yang berlaku akibat dari tiroid secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Ini berbeza dengan individu yang sihat, penyakit yang muncul selepas mengambil polisi akan dilindungi.

Beberapa kisah yang tidak menyenangkan berlaku sewaktu claim. Terdapat kes dimana, penyakit sedia ada tidak diisytiharkan semasa permohonan. Namun lambat laun, pihak pemohon akan mengisytiharkan penyakit sedia ada semasa membuat claim atau terdapat siasatan sewaktu tuntutan. Akhirnya permohonan claim akan di tolak dan menyebabkan pihak Takaful menghentikan polisi serta merta. Analogi ini amat adil bagi mengelakkan orang mengambil kesempatan mengambil polisi selepas sakit. Secara logik juga, adakah adil bagi pihak takaful membayar dan memenuhi tuntutan untuk penyakit yang sedia ada. Tidak kan. Waktu ini, permohonan amat tidak sesuai. Sekiranya penyakit sedia ada tidak di isytiharkan di dalam permohonan, biasanya pihak tuntutan juga mampu membuat siasatan berkaitan claim tersebut. Ada juga untuk kes yang diisytiharkan, Takaful perlu memberikan 'loading' untuk sakit yang sedia ada atau, hanya membenarkan pesakit mengambil pelan asas sahaja.

 Sila baca semula polisi / sijil anda dan pastikan tuntutan anda kelak tidak akan ditolak. Pastikan juga yang ianya akan membantu kita disaat kita sangat memerlukannya. Sila hubungi wakil takaful anda untuk memahami perkara tersebut.

May 29, 2015

Balasan Bagi Orang Yang Meringankan Beban Orang Lain





Maksud Hadis Rasulullah S.A.W:

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah S.W.T akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah S.W.T akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, pasti Allah S.W.T akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Allah S.W.T pasti akan menolong hambaNya selagimana hambaNya berusaha menolong saudaranya…”
(Hadis Riwayat Muslim)

Pengajaran Hadis:
Kelebihan membantu melepaskan kesusahan orang beriman, sama ada pada anggota badan mahupun harta mereka, adalah antara sebab untuk selamat daripada bebanan di hari Kiamat.
Sesiapa yang meringankan beban orang lain, lebih‐lebih lagi orang berada dalam kesusahan, Allah S.W.T akan memberikan dua balasan kepadanya iaitu kemudahan di dunia dan kemudahan di akhirat. Ini adalah janji Allah S.W.T dan Rasul‐Nya.
Allah S.W.T akan menolong orang yang membantu seseorang yang lain dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, bukan perkara yang membawa kepada dosa dan permusuhan.
Dalam hubungan kita sesama saudara yang lain kita perlu sentiasa menutup keaibannya. Sudah pasti sebagai balasannya Allah S.W.T akan menutup aibnya di akhirat nanti.
Dalam konteks kita sebagai pekerja bagi sesebuah organisasi, kita perlu sentiasa membantu rakan‐rakan sekerja yang lain khususnya mereka yang berada di dalam kesusahan serta menjaga aibnya.
Kerjasama antara satu sama lain amat penting untuk kemajuan sesebuah institusi.
Janganlah kita mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan keadaan orang lain.
Setiap satu kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Realiti hidup masyarakat pada hari ini, kebanyakan mereka lebih suka untuk menjatuhkan orang lain dan mementingkan diri sendiri daripada sama‐sama membantu untuk mencapai kejayaan.

May 19, 2015

Cara Hebat Untuk Berjimat dan Lihat Hasilnya Setelah Sebulan atau Setahun




Semua orang agak terganggu dengan kenaikan harga barang dan kos kehidupan. Semua orang mengeluh dengan GST mahupun harga barang naik yang mula menampakkan kesan di sana-sini. Kisah kali ini bukan untuk mengulas tentang kenaikan kos hidup lagi. Disekitar kita dipenuhi dengan tuntutan dan kenaikan belanjawan sedangkan untuk orang yang makan gaji, kenaikan cuma setahun sekali rata-ratanya. Apa yang kita boleh lakukan ialah menambahkan pendapatan atau melakukan penjimatan. Di sini ada beberapa tips kewangan yang nampak simple namun mampu dilakukan oleh semua orang dan semua peringkat umur.

1. Mula dengan menghapuskan hutang terlebih dulu.
Buat sedikit-sedikit  Apabila hutang sudah tiada, barulah wang tersebut boleh digunakan untuk simpanan.

Mar 12, 2015

Menyediakan Yang Terbaik Untuk Keluarga




Ketika muda, kita mungkin antara golongan yang tidak mengambil tahu tentang kepentingan perlunya sesuatu perlindungan untuk keluarga, pada waktu itu. Ilmu itu datang dengan berlalunya masa. Apabila sudah meningkat usia, memikirkan kehidupan keluarga, maka banyaklah agenda yang perlu direncanakan. Begitu juga dengan persediaan kita menghadapi penamatnya kehidupan.  Kita lah yang bekerja dan berusaha untuk keluarga, pastinya mahu melihat yang terbaik untuk keluarga apabila datangnya musibah yang tidak dijemput.

Kenapa kita perlu menyediakan yang terbaik untuk keluarga sebelum sesuatu musibah berlaku pada kita :

1. Kamatian atau musibah berlaku tanpa mengira usia. Apabila meninggal dunia, orang tersayang akan melalui tempoh waktu sukar dari segi emosi dan kewangan. Pampasan kewangan  adalah penguat semangat dan support disaat tekanan. Memang ianya bukan boleh menggantikan orang tersayang, namun pastinya ia mengurangkan beban kehidupan diwaktu itu.

2. Berlaku ujian berat seperti penyakit kronik, kehilangan upaya,kemalangan, lumpuh dan sebagainya adalah perkara yang perlu ditangani kerana ia menyebabkan kehilangan pendapatan dan penambahan kos  kehidupan.

3. Berlakunya musibah, akan menjejaskan bukan saja orang tersayang malah seluruh institusi keluarga. Contoh dengan berlakunya kehilangan ibubapa, tanggungjawab penjagaan anak jatuh kepada keluarga lain seperti pakcik makcik atau datuk/nenek. Penama dan hibah memainkan peranan agar pihak-pihak ini masih mampu meneruskan kehidupan selesa anak-anak dengan adanya pampasan dari ibubapa tanpa membebankan ahli keluarga lain.

4. Kos perubatan dan kos pendidikan terus semakin meningkat.  Jangan seperti melepas batuk ditangga. Mengambil premium takaful yang amat rendah dan 'janji ada' seperti menjerat diri sendiri. Sedangkan kita mampu untuk membayar lebih dari itu. Tanyalah dengan jujur dan bincangkan status kewangan dan keperluan dengan wakil kewngan takaful kita untuk mendapatkan manfaat yang paling optimum.



Feb 7, 2015

Melunaskan hutang itu wajib



Boleh dikatakan 90% umat Islam Malaysia terlibat dengan pelbagai hutang, di antara hutang yang dimaksudkan ialah hutang rumah, kereta, peribadi dan sebagainya. Memang semasa kita mengambil loan atau pembiayaan peribadi diwajibkan kita mengambil takaful sekali untuk melangsaikan segala hutang yang ada apabila berlaku kematian kepada diri kita.

Tapi bagaimana kalau berlaku penyakit dan lumpuh sebahagian anggota badan kita? Takaful yang diambil bersama loan,  tidak cover kerana tidak berlaku kematian. Setiap bulan kita dikehendaki membayar hutang, waktu itu juga kita kehilangan pekerjaan, isteri pula tidak bekerja, kalau pun bekerja pendapatannya tidak cukup untuk menampung kos rumahtangga dan rawatan kita apatah lagi hendak membayar hutang. Dalam Islam membayar hutang adalah wajib seperti Sabda Rasulullah SAW : “Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (Riwayat At-Tirmidzi) Lagi Sabda Rasulullah SAW : "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (Riwayat Ahmad)

Bagaimana baik sekalipun seseorang yang berhutang, ia tidak di masukkan ke dalam syurga Allah sehingga hutangnya dapat dilunaskan. Ibadahnya kuat sentiasa,  Qiyamullail dan peribadinya soleh, tetapi disebabkan hutang ia masih tergantung dan segala amalannya terabai dek kerana hutang.

Takaful merupakan kaedah untuk menggantikan pendapatan dan melunaskan hutang.  Kita mempunyai komitmen seperti hutang dan nafkah. Pampasan yang sah dan mengikut syariah dari takaful membolehkan hutang dilunaskan dan waris meneruskan hidup dengan tenang dan lebih bermakna. InsyaAllah.

Ref : Ustaz Noramin