Hidupkan Hati Dengan Al-Quran



Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Setelah diterangkan yang demikian maka adakah mereka
sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati
mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? “
( Surah Muhammad : 24 )

ULASAN AYAT :

1. Segala yang terkandung di dalam Al Quran sangat tepat dan penting untuk direnungkan
kerana ianya dapat menghidupkan hati yang sedang mati dan dapat menimbulkan
semangat yang tinggi.

2. Segala-galanya yang berhubungan tentang dunia mahupun akhirat ada terdapat di
dalam Al Quran. Sehinggalah kepada rakaman kisah, sejarah zaman Para Nabi dan
sahabat terakam di dalamnya. Al Quran menceritakan kebinasaan umat terdahulu, maka
dapat kita jadikan sebagai peringatan serta nasihat bagi perjalanan hidup kita.

3. Kita hendaklah meletakkan Al Quran sebagai pedoman, bukan sahaja di baca sematamata,
di bawa kemana-mana, atau di pertandingkan, malah apa yang lebih diutamakan
ialah sejauhmana kita memahami dan mengamalkan apa yang terdapat di dalam Al
Quran.

4. Hari ini, kita sudah tidak ambil peduli dengan Al Quran, sehingga akibatnya Al Quran
semakin menjauh dari diri kita, akhirnya kita jarang malah sangat sedikit membacanya,
apabila kurang membaca maka jauh sekali untuk kita menghayati serta mendapat
peringatan yang menyedarkan hati kita untuk membuat persiapan diri menuju hari
akhirat.

5. Oleh itu, sempurnakan hiasan iman dan cahaya di hati dengan memahami dan
memikirkan secara memerhatikan apa yang diberitakan oleh Kekasih kita di dalam
kalamNya. Moga hati dan jiwa kita TIDAK terkunci menerima ajaran AL Quran,
bermohonlah agar hati kita sentiasa hidup dan sedar dengan cahaya Al Quran.
WALLAHU’ALAM

Dari : Jabatan Pematuhan Syariah,
Takaful Ikhlas

Road Tax dan Insuran Kenderaan

Cara-cara mendapatkan insuran dan Road Tax dari pihak kami :

1. Sediakan dokumen-dokumen berikut : 

*Kad Pendaftaran Kenderaan (Geran) - muka depan dan belakang.
*Polisi Insuran terdahulu (muka depan sahaja)
*Nyatakan jumlah perlindungan, Nama & No. IC pemandu kedua jika perlu.
email ke huzaimah@yahoo.com  atau sms persoalan : 019-3313667

2. Saya akan menghubungi pihak tuan, berkenaan jumlah premium.

3. Pembayaran boleh dilakukan ke akaun MAYBANK, CIMB, BANK ISLAM.

4. Cover Note baru akan dikeluarkan serta-merta, insyaAllah.

5. Road Tax Disk* akan dihantar ke alamat anda (pilihan).

*Kenderaan persendirian sahaja termasuk kenderaan persendirian milik syarikat. Penghantaran ke seluruh negeri di Malaysia. Siap dalam masa 1 hari sekiranya maklumat mencukupi. 

Takaful Kenderaan Bermotor

Apakah manfaat yang disediakan oleh IKHLAS Motor Takaful?

1. IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR
Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga, serta kerosakan kepada harta pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda.

2. Khidmat Bantuan Jalanraya 24 jam BANTUAN IKHLAS
Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terjadi kerosakan kecemasan.Perkhidmatan ini akan membolehkan kereta anda ditunda ke panel bengkel kami yang terdekat sekiranya terjadi kemalangan (penundaan percuma sehingga RM200).

3. Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
IKHLAS MOTOR menggunakan teknologi terkini Sistem AnggaranTuntutan Elektronik
yang membolehkan kelulusan tuntutan pembaikan kenderaan yang pantas, dalam tempoh 24 jam.

4. E-Covernote
IKHLAS MOTOR membolehkan peserta kami mendapat perlindungan baru dan pembaharuan dengan segera. Ia juga dihubungkan terus secara elektronik dengan JPJ untuk pengeluaran cakera cukai jalan.
 
5. FAEDAH PILIHAN

Faedah berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-
-IKHLAS MOTORIST P.A. TAKAFUL

Kelebihan dengan Pelan Takaful Kemalangan, anda boleh memandu dengan penuh ketenangan, mengetahui diri dan penumpang anda dilindungi jika kemalangan berlaku. (Pelan ini bukan sahaja melindungi pemandu malah penumpangnya daripada kecederaan badan atau kehilangan nyawa ketika memandu, menaiki atau menuruni dari kenderaan).

Jadual Pelan adalah seperti Berikut:



Jumlah orang yang dilindungi bagi setiap kenderaan terhad kepada 5 (termasuk pemandu / pemandu yang dibenarkan).
Penambahan orang dibenarkan tertakluk kepada penambahan sumbangan (RM10.00 seorang).
Nombor maksima bagi orang tambahan tertakluk kepada kapasiti tempat duduk yang dibenarkan oleh terma dan syarat JPJ.

-Kerosakan Cermin Pecah
-Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam
-Banjir dan Ribut
-Sistem Radio Kaset