Kenapa saya menjadi wakil Takaful?



Setelah sekian lama tidak menghadiri mana-mana kursus latihan, saya terpanggil untuk menghadiri kursus memprospek dari En Sohibul, salah seorang Group Agency Manager. Kursus dihadiri oleh ramai wakil takaful baru, namun ramai juga orang-orang lama yang mahu menggilap semula, mahupun mendengar dari orang yang lebih berilmu dalam bidang ini. Salah satu yang menyentuh hati, ialah pandangan dari Puan Norasyikin tentang kekuatan dan kenapa memilih menjadi wakil Takaful Ikhlas sdn Bhd.

Setiap pekerjaan yang kita lakukan, punya matlamat tersendiri, walaupun pada asas dan lumrahnya tentulah untuk mencari wang demi masa depan keluarga, dan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Namun sebagai seorang Islam, tanggungjawab kita lebih berat lagi. Islam merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita. Dari saat bangun tidur, hingga kita memejam mata pada malam hari, semua aktiviti kita adalah berkisar dengan diri kita sebagai seorang Islam. Sedar tak sedar, setiap pekerjaan yang kita lakukan perlulah diniatkan kerana Allah, mendapatkan keredhaan Allah. Keluarnya bekerja seorang wakil Takaful haruslah diiringi dengan niat untuk berjuang untuk Islam. Dan apakah itu? Salah satunya tentulah muamalat Islam. Ada kalanya, hati tidak begitu bersemangat, tidak begitu ghairah untuk keluar bekerja apabila mengenangkan tugasan-tugasan biasa, bertemu dan mengajak pelanggan masuk atau ambil takaful. Tapi disebaliknya, tahukah kita bahawa diluar sana banyak unsur-unsur yang tidak syariat yang perlu diperangi secara dalaman.

Tiada statistik pengambilan riba kerana ianya tiada yang mahu mendedahkan atau dibuat penyelidikan secara rasmi. Sedangkan Riba' adalah musuh no. 1 Islam yang harus diperangi habis-habisan. Sedarkah kita, perkara yang diambil remeh adalah sesuatu yang amat besar yang selalu kita lupa termasuklah saya sendiri. Seringan-ringan riba' adalah sama seperti zina dengan ibubapa sendiri. nauzubillah.

Sesekali terasa beratnya tanggungjawab, mahu memerangi dan memberi penerangan di luar sana tentang inilah salah satu cara untuk menghalalkan keperluan kita. Takaful. Ada orang begitu mudah mengambil jalan singkat dengan produk yang berleluasa di luar sana. Alhamdulillah, setakat ini saya mampu lagi memberi penerangan, mengajak saudara menuju ke jalan yang sepatutnya. Tidak sekali-kali berdebat tentang ini, kerana perkara Riba adalah fakta yang jelas nyata. Tiada yang tersembunyi tentangnya. Terserah jika mereka masih mahu memilih jalan yang satu lagi itu. Pilihan masih tetap ditangan kita. Sejauh mana iman kita.

Beberapa fakta Riba :

1. Tahukah anda bahawa, riba', kadar faedah, dan bunga itu adalah benda yang sama?

2. Tahukah anda bahawa riba' adalah punca utama menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang mana mereka yang miskin menjadi semakin miskin dan yang kaya menjadi semakin kaya?

3. Tahukah anda bahawa riba' juga salah satu penyebab jatuhnya empayar Ottoman?

4. Tahukah anda karangan William Shakespeare bertajuk "Merchant of Venice" berkisar mengenai pengambilan riba?

5. Tahukah anda bahawa Allah SW dan Rasulnya mengishtiharkan perang terhadap mereka yang mengambil riba'? (Surah Al Baqarah 2:279)

6. Tahukah anda bahawa mengambil riba', memberi riba', merekod dan menjadi saksi kepada urusan riba itu dosanya adalah sama? (Sahih Muslim)

7. Tahukah anda bahawa larangan riba' juga terdapat didalam Kitab Injil? (Leviticious 25:35-7, Exodus 22:24, Deutronomy 23:19-20 dll.)

8. Tahukah anda bahawa terdapat 70 jenis riba'? Dan yang paling kecil dosanya adalah seperti berzina dengan ibu sendiri? (Ibnu Majah, Baihaqi)

9. Tahukah anda bahawa menerima satu dirham (wang perak) riba' dengan menyedarinya, dosanya lebih besar dari berzina 36 kali? (Ahmad)

10. Tahukah anda bahawa semasa israk mikraj, Nabi SAW melihat mereka yang makan riba' perutnya dipenuhi dengan ular? (Ahmad, Ibn Majah)

11. Tahukah anda bahawa akan tiba masanya tidak ada seorang pun didunia ini yang terkecuali dari riba', jika dia tidak terlibat dengan riba' sekalipun debu atau wap riba' akan kena padanya (Sahih Abu Daud)

Rujukan: The Prohibition of Riba In The Quran & Sunnah oleh Sheikh Imran Hossein

Mengurus Kewangan

Langkah-langkah Mengurus Kewangan :

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji kita besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan wang ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Kita boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.

Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut:

1. Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.
Adakah anda merancang untuk…
Membeli rumah?
Membeli kereta?
Memulakan keluarga?
Menabung untuk pendidikan anak anda?
Melancong?
Menyediakan perbelanjaan perubatan?
Menyimpan wang untuk digunakan setelah bersara?

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

2. Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:

-Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
-Berapa banyak hutang anda setiap bulan
-Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan

3. Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:

-Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
-Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
-Hutang anda lebih besar daripada pendapatan
-Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak

4. Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:

-Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
-Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
-Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)