Perlu atau tidak Medical Card?






Secara amnya, pelan medical card adalah satu pilihan kepada kita. Kebanyakan syarikat menyediakan pelan secara tahunan namun bagi pihak peserta sendiri mungkin agak terbeban kerana perlu menyediakan jumlah 'cash' yang agak banyak setiap kali renewal. Ia bergantung kepada keperluan, pendapatan, kemudahan syarikat dimana kita bekerja atau manfaat yang disediakan dari pelan tersebut.

Terdapat beberapa contoh :

1. Untuk kakitangan kerajaan
Medical card - Sesetengah orang mengatakan tidak perlu. Mungkin dari pengalaman masuk hospital government, keadaan sudah sangat mencukupi. Apabila ada lebihan pendapatan, boleh ambil sebagai satu kemudahan ke hospital swasta. Pengalaman rakan saya sebagai seorang isteri pegawai kerajaan, kemudahan yang beliau dapati sangat memuaskan hatinya kerana pernah mengalami pengalaman  2 orang anak masuk hospital dan seorang lagi membuat pembedahan. Juga 2 parents beliau juga, mempunyai kemudahan yang sama. Memang layanan agak sederhana, tetapi sudah memadai kerana yang penting, semuanya terkawal dan memuaskan.  Disini terdapat pilihan bagi kakitangan kerajaan kerana boleh mengambil pelan hayat/saving berasingan dengan pelan medical card. Namun sekiranya hendak mengambil kedua-dua pelan, amat digalakkan dan lebih selesa dengan pelan ke hospital swasta. Cadangan: Ambil pelan takaful saving standalone dari medical card kerana pampasan lebih besar dan jumlah lebih murah.

2. Untuk kakitangan swasta

Medical card amat perlu dalam kes ini. Namun terdapat peserta yang mungkin mempunyai pelan medical yang komprehensif untuk sendiri mahupun keluarga yang boleh didapati dari syarikat tempat mereka bekerja. Jika ada, peserta mungkin perlu membuat perbandingan tentang pelan medical card yang ada agar kegunaannya menjadi optimum. Jika tidak cukup, bolehlah mengambil pelan ini. Di sini ada kebaikannya pelan saving dan medical card dijadikan berasingan. Dalam kes ini pelan perlu juga diambil berasingan kerana mengambil kira isu di masa hadapan. Alasannya sangat mudah. Sekiranya kita hendak 'terminate' pelan medical card, (mungkin disebabkan tidak perlu, atau ahli keluarga sudah mempunyai panel medical syarikat sendiri yang lebih efisien) maka ia tidak menjejaskan pelan kesihatan dan saving kita yang sedia ada.


2. Untuk peniaga

Dah ada pelan saving/kesihatan? Itu persoalan pertama yang sering diajukan kepada peserta yang bekerja sendiri mahupun peniaga. Apa yang lebih ditekankan di sini, keperluan mengambil pelan simpanan dengan perlindungan amat penting kerana pelan ini mempunyai jumlah pampasan yang lebih tinggi yang ditinggalkan untuk waris mahupun untuk sendiri jika berlaku (meninggal dan hilang upaya). Lagipun tiada bonus graduiti mahupun kwsp akan dibayar kepada kumpulan ini, kecuali mereka membuat simpanan  secara konsisten.  Pampasan untuk waris adalah lebih bermakna kerana jumlah tunai ini boleh digunakan untuk menampung keperluan sekiranya peserta hilang upaya atau meninggal dunia.  Yang berikutnya pastilah, pelan medical card dimana peserta boleh menggunakan kemudahan untuk kemasukan wad untuk sendiri dan ahli keluarga.

Contoh apabila sakit kronik iaitu didiagnose cancer: (Peserta mengambil pelan medical card & Pelan Saving/Kesihatan)

1. Pampasan penyakit kritikal  (tunai) dibayar. Contoh: RM40,000.00
2. Bil dibayar sepenuhnya dengan kemasukan ke wad di hospital terpilih
3. Elaun tunai hospital dibayar setiap hari
4. Sumbangan bulanan disambung bayar oleh Takaful Ikhlas (pelan saving/kesihatan)
5. Kes apabila hilang upaya (TPD)* - Claim 100% pampasan dari pelan saving/kesihatan + Peratusan Simpanan
6. Pelan medical card masih berjalan sekiranya kemasukan wad.

Contoh apabila Kemalangan :
Berlaku TPD

1. Pampasan dari Claim 100% pelan saving
2. Pampasan kemalangan
3. Elaun tunai hospital dibayar
4. Jumlah peratusan simpanan beserta keuntungan dibayar
5. Bil dibayar sepenuhnya dengan kemasukan ke wad di hospital terpilih


Sila hubungi saya untuk pertanyaan: 0193313667