Memang Saya Perlukan Takaful


(*Ilustrasi Contoh)

Tawaran masih terbuka dari kami. Anda memang perlukan Takaful jika :

1. Bekerja makan gaji / Bekerja sendiri
2. Bukan jutawan
3. Mempunyai hutang
4. Masih sihat wal-afiat
5. Masih muda
6. Mempunya keluarga
7. Baru berkahwin
8. Baru bekerja
9. Baru melahirkan anak
10. Mahu kemudahan di saat kecemasan
11. Mahu anak mendapat jaminan pendidikan
12. Mempunyai hutang
13. Mahu persaraan selesa

Kerana setiap satu mempunyai kos yang keluarga anda harus pikul jika sesuatu berlaku kepada anda.
Hanya dengan sehari RM3, simpanan dengan manfaat 11 dalam 1 pakej pelan perlindungan buat yang tersayang akan anda nikmati.

Menarik Takaful Keluarga




Takaful keluarga menawarkan faedah perlindungan hayat dan simpanan jangka panjang. Kita dan waris akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika kita (atau peserta dalam polisi) ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, kita juga akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan.

Selain itu :
1. Kita boleh memilih sendiri tempoh matang dalam pelan kita. Tempoh yang paling sesuai ialah 20 tahun ke atas. Kenapa? Kerana Takaful ialah komitmen jangka panjang. Kita tentu mahu dilindungi seumur hidup kita. Sekiranya mahu mengambil takaful hanya untuk setahun dua, ia tidak memenuhi tujuan kita memerlukan perlindungan itu sendiri.

2. Kita juga layak dikecualikan daripada cukai pendapatan dalam bahagian rebet yang berkaitan takaful jika anda menyertai pelan takaful keluarga.

3. Juga jangan risau, Takaful bukan skim yang merugikan manusia. Malah ianya adalah pertolongan UTAMA disaat kita menghadapi kecemasan. Ini kerana, jika perlindungan optimum yang kita ambil, disaat berlaku kesempitan seperti sakit, kemalangan atau hilang upaya, kita tidak perlu menggunakan sumber sendiri untuk membayar atau mendapatkan faedah perubatan.

4. Pastikan kita benar-benar memahami konsep pelaburan dengan takaful. Banyak aduan dan keluhan yang saya terima tentang takaful, insuran tipu, rugi, tidak dapat pulangan semula dan sebagainya, yang secara tidak langsung memberikan gambaran buruk tentang konsep takaful.

Jom sertai kami. Hubungi saya 019-3313667 untuk pertanyaan

Ambil Takaful Lebih Awal....



Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Ungkapan ini sering kita dengar, sering di lagukan. Namun ianya memberi maksud yang sangat mendalam. Begitu juga dengan sistem Takaful. Ada orang yang teragak-agak untuk memilikinya diperingkat awal. Takaful lebih sesuai di ambil sewaktu kita sedang sihat dan muda. Ini kerana sewaktu usia sudah lebih dewasa, risiko kesihatan semakin bertambah. Maka kiraan sumbangan menjadi lebih mahal berbanding dengan ketika usia muda. Malangnya terdapat ramai orang orang diluar sana yang baru sedar keperluannya apabila sudah sakit atau ditimpa masalah kesihatan. Pada masa itu berapa sumbangan yang anda sanggup keluarkan sudah tidak dapat dilindungi oleh pihak takaful. Ini kerana pihak takaful tidak melindungi sakit yang sedia ada. 
Perhatikan manfaat perlindungan kesihatan dan perubatan yang disediakan oleh syarikat dimana kita bekerja. Mungkin terdapat kekurangan seperti perlindungan untuk keluarga keseluruhannya, had setahun untuk penggunaan perubatan, dan juga had tertentu untuk sepanjang hayat. Mungkin kemudahan ini tidak mencukupi.
Hubungi saya untuk maklumat Medical Card...
Huzaimah 019-3313667