Menyediakan Yang Terbaik Untuk Keluarga




Ketika muda, kita mungkin antara golongan yang tidak mengambil tahu tentang kepentingan perlunya sesuatu perlindungan untuk keluarga, pada waktu itu. Ilmu itu datang dengan berlalunya masa. Apabila sudah meningkat usia, memikirkan kehidupan keluarga, maka banyaklah agenda yang perlu direncanakan. Begitu juga dengan persediaan kita menghadapi penamatnya kehidupan.  Kita lah yang bekerja dan berusaha untuk keluarga, pastinya mahu melihat yang terbaik untuk keluarga apabila datangnya musibah yang tidak dijemput.

Kenapa kita perlu menyediakan yang terbaik untuk keluarga sebelum sesuatu musibah berlaku pada kita :

1. Kamatian atau musibah berlaku tanpa mengira usia. Apabila meninggal dunia, orang tersayang akan melalui tempoh waktu sukar dari segi emosi dan kewangan. Pampasan kewangan  adalah penguat semangat dan support disaat tekanan. Memang ianya bukan boleh menggantikan orang tersayang, namun pastinya ia mengurangkan beban kehidupan diwaktu itu.

2. Berlaku ujian berat seperti penyakit kronik, kehilangan upaya,kemalangan, lumpuh dan sebagainya adalah perkara yang perlu ditangani kerana ia menyebabkan kehilangan pendapatan dan penambahan kos  kehidupan.

3. Berlakunya musibah, akan menjejaskan bukan saja orang tersayang malah seluruh institusi keluarga. Contoh dengan berlakunya kehilangan ibubapa, tanggungjawab penjagaan anak jatuh kepada keluarga lain seperti pakcik makcik atau datuk/nenek. Penama dan hibah memainkan peranan agar pihak-pihak ini masih mampu meneruskan kehidupan selesa anak-anak dengan adanya pampasan dari ibubapa tanpa membebankan ahli keluarga lain.

4. Kos perubatan dan kos pendidikan terus semakin meningkat.  Jangan seperti melepas batuk ditangga. Mengambil premium takaful yang amat rendah dan 'janji ada' seperti menjerat diri sendiri. Sedangkan kita mampu untuk membayar lebih dari itu. Tanyalah dengan jujur dan bincangkan status kewangan dan keperluan dengan wakil kewngan takaful kita untuk mendapatkan manfaat yang paling optimum.