Balasan Bagi Orang Yang Meringankan Beban Orang Lain





Maksud Hadis Rasulullah S.A.W:

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah S.W.T akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah S.W.T akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, pasti Allah S.W.T akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Allah S.W.T pasti akan menolong hambaNya selagimana hambaNya berusaha menolong saudaranya…”
(Hadis Riwayat Muslim)

Pengajaran Hadis:
Kelebihan membantu melepaskan kesusahan orang beriman, sama ada pada anggota badan mahupun harta mereka, adalah antara sebab untuk selamat daripada bebanan di hari Kiamat.
Sesiapa yang meringankan beban orang lain, lebih‐lebih lagi orang berada dalam kesusahan, Allah S.W.T akan memberikan dua balasan kepadanya iaitu kemudahan di dunia dan kemudahan di akhirat. Ini adalah janji Allah S.W.T dan Rasul‐Nya.
Allah S.W.T akan menolong orang yang membantu seseorang yang lain dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, bukan perkara yang membawa kepada dosa dan permusuhan.
Dalam hubungan kita sesama saudara yang lain kita perlu sentiasa menutup keaibannya. Sudah pasti sebagai balasannya Allah S.W.T akan menutup aibnya di akhirat nanti.
Dalam konteks kita sebagai pekerja bagi sesebuah organisasi, kita perlu sentiasa membantu rakan‐rakan sekerja yang lain khususnya mereka yang berada di dalam kesusahan serta menjaga aibnya.
Kerjasama antara satu sama lain amat penting untuk kemajuan sesebuah institusi.
Janganlah kita mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan keadaan orang lain.
Setiap satu kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Realiti hidup masyarakat pada hari ini, kebanyakan mereka lebih suka untuk menjatuhkan orang lain dan mementingkan diri sendiri daripada sama‐sama membantu untuk mencapai kejayaan.

Cara Hebat Untuk Berjimat dan Lihat Hasilnya Setelah Sebulan atau Setahun




Semua orang agak terganggu dengan kenaikan harga barang dan kos kehidupan. Semua orang mengeluh dengan GST mahupun harga barang naik yang mula menampakkan kesan di sana-sini. Kisah kali ini bukan untuk mengulas tentang kenaikan kos hidup lagi. Disekitar kita dipenuhi dengan tuntutan dan kenaikan belanjawan sedangkan untuk orang yang makan gaji, kenaikan cuma setahun sekali rata-ratanya. Apa yang kita boleh lakukan ialah menambahkan pendapatan atau melakukan penjimatan. Di sini ada beberapa tips kewangan yang nampak simple namun mampu dilakukan oleh semua orang dan semua peringkat umur.

1. Mula dengan menghapuskan hutang terlebih dulu.
Buat sedikit-sedikit  Apabila hutang sudah tiada, barulah wang tersebut boleh digunakan untuk simpanan.