Dengan menyumbang dan memberi amanat kepada Takaful, sumbangan anda akan dikongsi dalam bentuk sedekah dan dana yang akan dilaburkan ke kaunter-kaunter Islam, Sijil Islam Kerajaan, Bond-bond Islam dan Simpanan Tetap dalam Institusi Kewangan Islam. Sila lihat
Konsep Takaful
Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
Dalil Kerjasama
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)
Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
Dalil Tanggungjawab
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)
Dalil Saling Melindungi
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad) Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.
Memahami Kontrak Takaful
Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.
Kami Menyediakan Perkhidmatan Insuran Takaful, Medical Card Keluarga, Education Plan dan Insuran Kenderaan /Renew Road Tax SECARA ONLINE Hubungi 019-3313667
Cara Melunaskan Hutang Melalui Takaful Kerana Hutang Wajib Dibayar
Boleh dikatakan 90% umat Islam Malaysia terlibat dengan pelbagai hutang, di antara hutang yang dimaksudkan ialah hutang rumah, kereta, peribadi dan sebagainya. Memang semasa kita mengambil loan atau pembiayaan peribadi diwajibkan kita mengambil takaful sekali untuk melangsaikan segala hutang yang ada apabila berlaku kematian kepada diri kita.
Setiap bulan kita dikehendaki membayar hutang, waktu itu juga kita kehilangan pekerjaan, isteri pula tidak bekerja, kalau pun bekerja pendapatannya tidak cukup untuk menampung kos rumahtangga dan rawatan kita apatah lagi hendak membayar hutang.
Tips Jimat Cermat Belanja Dapur
1. Merancang belian sebelum pergi membeli belah. Buat list yang lengkap untuk mingguan.
2. Buat langkah perbandingan harga dan pilih tempat paling murah jika perlu.
3. Membuat belian seminggu sekali atau tidak terlalu kerap .Ini kerana kurangnya kekerapan pergi berbelanja, lebih banyak penjimatan boleh dilakukan. Kita cenderung untuk membeli ekstra apabila berada di pasaraya.
4. Lebih peka kepada harga mengikut berat barangan. Kadang-kadang pakej yang lebih murah mempunyai berat yang kurang dari barangan disebelahnya yang lebih berat. Apabila diletak bersebelahan, secara psikologi kita memilih harga yang lebih murah sedangkan beratnya berbeza.
5. Beli barangan kering dalam pakej besar, bukan membeli satu-satu paket kecil.
6. Masak sendiri dan masukkan lebihan dalam freezer
7. Masak lebih makanan atau lauk tertentu dan simpan di freezer untuk dipanaskan pada hari yang lain. Sesuai untuk yang sibuk.
8. Jangan terperangkap dengan jenama. Biasanya ia lebih mahal melainkan ianya memang yang betul-betul terbaik
9. Jangan membeli sewaktu lapar.
10. Beli lebih sayuran dan buah-buahan yang secukupnya untuk dimakan dan sentiasa diletak dalam freezer.
12. Jangan beli produk barangan peribadi di kedai runcit. Rancang belian kita agar dapat membeli barangan tersebut yang biasanya boleh didapati lebih murah di farmasi atau pasaraya.
13.Tanam sendiri herba yang ringkas seperti kunyit, serai , daun kesum atau ulam-ulaman.
Pengecualian Khusus
Pengecualian khusus ialah dimana situasi apabila individu yang hendak mengambil pelan takaful telah mengidap atau mengalami penyakit yang tertentu. Penyakit yang sedia ada itu tidak akan dilindungi. Penyakit yang berkaitan dengan penyakit sedia ada juga tidak dapat dilindungi oleh pihak takaful.
Contoh penyakit tiroid, apa-apa yang berlaku akibat dari tiroid secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Ini berbeza dengan individu yang sihat, penyakit yang muncul selepas mengambil polisi akan dilindungi.
Beberapa kisah yang tidak menyenangkan berlaku sewaktu claim. Terdapat kes dimana, penyakit sedia ada tidak diisytiharkan semasa permohonan. Namun lambat laun, pihak pemohon akan mengisytiharkan penyakit sedia ada semasa membuat claim atau terdapat siasatan sewaktu tuntutan. Akhirnya permohonan claim akan di tolak dan menyebabkan pihak Takaful menghentikan polisi serta merta. Analogi ini amat adil bagi mengelakkan orang mengambil kesempatan mengambil polisi selepas sakit. Secara logik juga, adakah adil bagi pihak takaful membayar dan memenuhi tuntutan untuk penyakit yang sedia ada. Tidak kan. Waktu ini, permohonan amat tidak sesuai. Sekiranya penyakit sedia ada tidak di isytiharkan di dalam permohonan, biasanya pihak tuntutan juga mampu membuat siasatan berkaitan claim tersebut. Ada juga untuk kes yang diisytiharkan, Takaful perlu memberikan 'loading' untuk sakit yang sedia ada atau, hanya membenarkan pesakit mengambil pelan asas sahaja.
Sila baca semula polisi / sijil anda dan pastikan tuntutan anda kelak tidak akan ditolak. Pastikan juga yang ianya akan membantu kita disaat kita sangat memerlukannya. Sila hubungi wakil takaful anda untuk memahami perkara tersebut.
Balasan Bagi Orang Yang Meringankan Beban Orang Lain
Maksud Hadis Rasulullah S.A.W:
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah S.W.T akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah S.W.T akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, pasti Allah S.W.T akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Allah S.W.T pasti akan menolong hambaNya selagimana hambaNya berusaha menolong saudaranya…”
(Hadis Riwayat Muslim)
Pengajaran Hadis:
Kelebihan membantu melepaskan kesusahan orang beriman, sama ada pada anggota badan mahupun harta mereka, adalah antara sebab untuk selamat daripada bebanan di hari Kiamat.
Sesiapa yang meringankan beban orang lain, lebih‐lebih lagi orang berada dalam kesusahan, Allah S.W.T akan memberikan dua balasan kepadanya iaitu kemudahan di dunia dan kemudahan di akhirat. Ini adalah janji Allah S.W.T dan Rasul‐Nya.
Allah S.W.T akan menolong orang yang membantu seseorang yang lain dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, bukan perkara yang membawa kepada dosa dan permusuhan.
Dalam hubungan kita sesama saudara yang lain kita perlu sentiasa menutup keaibannya. Sudah pasti sebagai balasannya Allah S.W.T akan menutup aibnya di akhirat nanti.
Dalam konteks kita sebagai pekerja bagi sesebuah organisasi, kita perlu sentiasa membantu rakan‐rakan sekerja yang lain khususnya mereka yang berada di dalam kesusahan serta menjaga aibnya.
Kerjasama antara satu sama lain amat penting untuk kemajuan sesebuah institusi.
Janganlah kita mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan keadaan orang lain.
Setiap satu kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Realiti hidup masyarakat pada hari ini, kebanyakan mereka lebih suka untuk menjatuhkan orang lain dan mementingkan diri sendiri daripada sama‐sama membantu untuk mencapai kejayaan.
Sesiapa yang meringankan beban orang lain, lebih‐lebih lagi orang berada dalam kesusahan, Allah S.W.T akan memberikan dua balasan kepadanya iaitu kemudahan di dunia dan kemudahan di akhirat. Ini adalah janji Allah S.W.T dan Rasul‐Nya.
Allah S.W.T akan menolong orang yang membantu seseorang yang lain dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, bukan perkara yang membawa kepada dosa dan permusuhan.
Dalam hubungan kita sesama saudara yang lain kita perlu sentiasa menutup keaibannya. Sudah pasti sebagai balasannya Allah S.W.T akan menutup aibnya di akhirat nanti.
Dalam konteks kita sebagai pekerja bagi sesebuah organisasi, kita perlu sentiasa membantu rakan‐rakan sekerja yang lain khususnya mereka yang berada di dalam kesusahan serta menjaga aibnya.
Kerjasama antara satu sama lain amat penting untuk kemajuan sesebuah institusi.
Janganlah kita mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan keadaan orang lain.
Setiap satu kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Realiti hidup masyarakat pada hari ini, kebanyakan mereka lebih suka untuk menjatuhkan orang lain dan mementingkan diri sendiri daripada sama‐sama membantu untuk mencapai kejayaan.
Labels:
hadis riwayat muslim,
Tazkirah
Cara Hebat Untuk Berjimat dan Lihat Hasilnya Setelah Sebulan atau Setahun
Semua orang agak terganggu dengan kenaikan harga barang dan kos kehidupan. Semua orang mengeluh dengan GST mahupun harga barang naik yang mula menampakkan kesan di sana-sini. Kisah kali ini bukan untuk mengulas tentang kenaikan kos hidup lagi. Disekitar kita dipenuhi dengan tuntutan dan kenaikan belanjawan sedangkan untuk orang yang makan gaji, kenaikan cuma setahun sekali rata-ratanya. Apa yang kita boleh lakukan ialah menambahkan pendapatan atau melakukan penjimatan. Di sini ada beberapa tips kewangan yang nampak simple namun mampu dilakukan oleh semua orang dan semua peringkat umur.
1. Mula dengan menghapuskan hutang terlebih dulu.
Buat sedikit-sedikit Apabila hutang sudah tiada, barulah wang tersebut boleh digunakan untuk simpanan.
Menyediakan Yang Terbaik Untuk Keluarga
Ketika muda, kita mungkin antara golongan yang tidak mengambil tahu tentang kepentingan perlunya sesuatu perlindungan untuk keluarga, pada waktu itu. Ilmu itu datang dengan berlalunya masa. Apabila sudah meningkat usia, memikirkan kehidupan keluarga, maka banyaklah agenda yang perlu direncanakan. Begitu juga dengan persediaan kita menghadapi penamatnya kehidupan. Kita lah yang bekerja dan berusaha untuk keluarga, pastinya mahu melihat yang terbaik untuk keluarga apabila datangnya musibah yang tidak dijemput.
Kenapa kita perlu menyediakan yang terbaik untuk keluarga sebelum sesuatu musibah berlaku pada kita :
1. Kamatian atau musibah berlaku tanpa mengira usia. Apabila meninggal dunia, orang tersayang akan melalui tempoh waktu sukar dari segi emosi dan kewangan. Pampasan kewangan adalah penguat semangat dan support disaat tekanan. Memang ianya bukan boleh menggantikan orang tersayang, namun pastinya ia mengurangkan beban kehidupan diwaktu itu.
2. Berlaku ujian berat seperti penyakit kronik, kehilangan upaya,kemalangan, lumpuh dan sebagainya adalah perkara yang perlu ditangani kerana ia menyebabkan kehilangan pendapatan dan penambahan kos kehidupan.
3. Berlakunya musibah, akan menjejaskan bukan saja orang tersayang malah seluruh institusi keluarga. Contoh dengan berlakunya kehilangan ibubapa, tanggungjawab penjagaan anak jatuh kepada keluarga lain seperti pakcik makcik atau datuk/nenek. Penama dan hibah memainkan peranan agar pihak-pihak ini masih mampu meneruskan kehidupan selesa anak-anak dengan adanya pampasan dari ibubapa tanpa membebankan ahli keluarga lain.
4. Kos perubatan dan kos pendidikan terus semakin meningkat. Jangan seperti melepas batuk ditangga. Mengambil premium takaful yang amat rendah dan 'janji ada' seperti menjerat diri sendiri. Sedangkan kita mampu untuk membayar lebih dari itu. Tanyalah dengan jujur dan bincangkan status kewangan dan keperluan dengan wakil kewngan takaful kita untuk mendapatkan manfaat yang paling optimum.
Labels:
Takaful
Melunaskan hutang itu wajib
Boleh dikatakan 90% umat Islam Malaysia terlibat dengan pelbagai hutang, di antara hutang yang dimaksudkan ialah hutang rumah, kereta, peribadi dan sebagainya. Memang semasa kita mengambil loan atau pembiayaan peribadi diwajibkan kita mengambil takaful sekali untuk melangsaikan segala hutang yang ada apabila berlaku kematian kepada diri kita.
Tapi bagaimana kalau berlaku penyakit dan lumpuh sebahagian anggota badan kita? Takaful yang diambil bersama loan, tidak cover kerana tidak berlaku kematian. Setiap bulan kita dikehendaki membayar hutang, waktu itu juga kita kehilangan pekerjaan, isteri pula tidak bekerja, kalau pun bekerja pendapatannya tidak cukup untuk menampung kos rumahtangga dan rawatan kita apatah lagi hendak membayar hutang. Dalam Islam membayar hutang adalah wajib seperti Sabda Rasulullah SAW : “Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (Riwayat At-Tirmidzi) Lagi Sabda Rasulullah SAW : "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (Riwayat Ahmad)
Bagaimana baik sekalipun seseorang yang berhutang, ia tidak di masukkan ke dalam syurga Allah sehingga hutangnya dapat dilunaskan. Ibadahnya kuat sentiasa, Qiyamullail dan peribadinya soleh, tetapi disebabkan hutang ia masih tergantung dan segala amalannya terabai dek kerana hutang.
Takaful merupakan kaedah untuk menggantikan pendapatan dan melunaskan hutang. Kita mempunyai komitmen seperti hutang dan nafkah. Pampasan yang sah dan mengikut syariah dari takaful membolehkan hutang dilunaskan dan waris meneruskan hidup dengan tenang dan lebih bermakna. InsyaAllah.
Ref : Ustaz Noramin
Memang Saya Perlukan Takaful
(*Ilustrasi Contoh)
Tawaran masih terbuka dari kami. Anda memang perlukan Takaful jika :
1. Bekerja makan gaji / Bekerja sendiri
2. Bukan jutawan
3. Mempunyai hutang
4. Masih sihat wal-afiat
5. Masih muda
6. Mempunya keluarga
7. Baru berkahwin
8. Baru bekerja
9. Baru melahirkan anak
10. Mahu kemudahan di saat kecemasan
11. Mahu anak mendapat jaminan pendidikan
12. Mempunyai hutang
13. Mahu persaraan selesa
Kerana setiap satu mempunyai kos yang keluarga anda harus pikul jika sesuatu berlaku kepada anda.
Hanya dengan sehari RM3, simpanan dengan manfaat 11 dalam 1 pakej pelan perlindungan buat yang tersayang akan anda nikmati.
Labels:
sakit kronik,
takaful saving
Menarik Takaful Keluarga
Takaful keluarga menawarkan faedah perlindungan hayat dan simpanan jangka panjang. Kita dan waris akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika kita (atau peserta dalam polisi) ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, kita juga akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan.
Selain itu :
1. Kita boleh memilih sendiri tempoh matang dalam pelan kita. Tempoh yang paling sesuai ialah 20 tahun ke atas. Kenapa? Kerana Takaful ialah komitmen jangka panjang. Kita tentu mahu dilindungi seumur hidup kita. Sekiranya mahu mengambil takaful hanya untuk setahun dua, ia tidak memenuhi tujuan kita memerlukan perlindungan itu sendiri.
2. Kita juga layak dikecualikan daripada cukai pendapatan dalam bahagian rebet yang berkaitan takaful jika anda menyertai pelan takaful keluarga.
3. Juga jangan risau, Takaful bukan skim yang merugikan manusia. Malah ianya adalah pertolongan UTAMA disaat kita menghadapi kecemasan. Ini kerana, jika perlindungan optimum yang kita ambil, disaat berlaku kesempitan seperti sakit, kemalangan atau hilang upaya, kita tidak perlu menggunakan sumber sendiri untuk membayar atau mendapatkan faedah perubatan.
4. Pastikan kita benar-benar memahami konsep pelaburan dengan takaful. Banyak aduan dan keluhan yang saya terima tentang takaful, insuran tipu, rugi, tidak dapat pulangan semula dan sebagainya, yang secara tidak langsung memberikan gambaran buruk tentang konsep takaful.
Jom sertai kami. Hubungi saya 019-3313667 untuk pertanyaan
Ambil Takaful Lebih Awal....
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Ungkapan ini sering kita dengar, sering di lagukan. Namun ianya memberi maksud yang sangat mendalam. Begitu juga dengan sistem Takaful. Ada orang yang teragak-agak untuk memilikinya diperingkat awal. Takaful lebih sesuai di ambil sewaktu kita sedang sihat dan muda. Ini kerana sewaktu usia sudah lebih dewasa, risiko kesihatan semakin bertambah. Maka kiraan sumbangan menjadi lebih mahal berbanding dengan ketika usia muda. Malangnya terdapat ramai orang orang diluar sana yang baru sedar keperluannya apabila sudah sakit atau ditimpa masalah kesihatan. Pada masa itu berapa sumbangan yang anda sanggup keluarkan sudah tidak dapat dilindungi oleh pihak takaful. Ini kerana pihak takaful tidak melindungi sakit yang sedia ada.
Perhatikan manfaat perlindungan kesihatan dan perubatan yang disediakan oleh syarikat dimana kita bekerja. Mungkin terdapat kekurangan seperti perlindungan untuk keluarga keseluruhannya, had setahun untuk penggunaan perubatan, dan juga had tertentu untuk sepanjang hayat. Mungkin kemudahan ini tidak mencukupi.
Hubungi saya untuk maklumat Medical Card...
Huzaimah 019-3313667
Huzaimah 019-3313667
Labels:
takaful medical card
Jom Melabur - Ikhlas Capital Investment Link
Ikhlas Capital Investment Linked Takful merupakan pelan Sumbangan Tunggal Berkaitan Pelaburan (Investment-Linked). Pelaburan pilihan didalam tiga jenis dana iaitu Dana Pertumbuhan (Growth Fund), Dana Seimbang (Balanced Fund) dan Dana Pendapatan Tetap (Fixed Income Fund).
Bermula dengan pelaburan serendah RM5,000.00, anda sebenarnya telah mengorak langkah pertama ke arah perancangan kewangan yang berhemat dengan perlindungan yang diperlukan sekiranya berlaku sebarang bencana yang membawa kepada kematian atau Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD).
Pelaburan + Perlindungan.
Perlindungan 125% dari nilai pelaburan.
-Contoh : Jika pelaburan anda RM10,000.00. Nilai Perlindungan ialah RM12,500.00
Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-3313667
Untuk melihat harga semasa, layari http://www.takaful-ikhlas.com.my
Labels:
investment link
Medical Card Individual Pilihan Saya
Medical card merupakan satu keperluan terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan perubatan dan kesihatan yang disediakan dari syarikat mereka bekerja. Ciri-cirinya yang komprehensif dan mampu milik sangat sesuai bagi golongan individu bekerja sendiri dan surirumah. Orang tersayang disekeliling kita mempunyai kepentingan dan mempunyai kesan secara terus apabila sesuatu berlaku kepada kita.
Justeru itu saya mencadangkan pelan terbaik untuk sesebuah keluarga ialah apabila ciri takaful keluarga tersebut mempunyai gabungan pelan takaful simpanan+perlindungan kesihatan + medical card.
Di Takaful Ikhlas, kami menyediakan perkhidmatan individual bagi setiap pakej di mana kita tidak menggabungkan pelan takaful hayat dengan pelan medical card supaya peserta lebih mudah membuat pilihan sekiranya beliau sudah mempunyai salah satu dari pelan tersebut. Malahan jumlah yang dikira untuk kiraan pelaburan simpanan telah dinyatakan tanpa ada jumlah 'burn' yang tersembunyi sekiranya kita mengambil kedua-duanya sekali.
Diharap maklumat ini dapat memudahkan pihak tuan/puan untuk membuat pemilihan.
Untuk lebih pencerahan dalam maklumat berkaitan pelan di atas, dapatkan proposal Pelan Simpanan Perlindungan dan Medical card dengan caruman yang anda layak dapat dengan menghantarkan kepada kami maklumat dibawah :
1. Tarikh Lahir
2. Jantina
3. Jenis plan keluarga atau individu
4. Nombor telefon dan lokasi
email atau sms maklumat ini ke huzaimah@yahoo.com atau hubungi 019-3313667
Labels:
medical card,
medical card bulanan
6 Cara jimat dengan polisi takaful/insuran anda -
1. Baca dan fahami kontrak di dalam polisi anda dari masa ke semasa. Dengan peredaran masa, kita mungkin perlu menyemak semula polisi yang sedia ada atas sebab-sebab perkahwinan, bertambahnya cahaya mata dan keperluan perlindungan di saat kecemasan.
2. Jangan ambil perlindungan yang 'redundant'. Mempunyai medical card contohnya tidak memberikan apa-apa faedah sekiranya keluarga sudah memiliki medical card keluarga yang disediakan oleh syarikat tempat kita bekerja. Keperluan mungkin atas jumlah perlindungan yang disediakan oleh pihak takaful/ insuran terbabit. Namun syarikat-syarikat besar kebanyakannya menyediakan kemudahan yang agak sempurna dan manfaat besar untuk kakitangan mereka.
3. Sekiranya terancang, dapatkan semua perlindungan dari satu pengendali Takaful /Insuran. Ini lebih memudahkan cara, sewaktu tuntutan , mengemaskini maklumat dan kemudahan pembayaran.
4. Beli yang perlu saja. Seperti juga 'window shopping', lakukan seberapa banyak kajian dan pencarian maklumat dan fakta sebelum berurus dengan agen. Agen yang bertanggungjawab memberi maklumat dari sudut keperluan sebagai seorang pelanggan.
5. Ambil ikut keperluan. Seorang bujang mempunyai banyak lebihan dari gaji bulanan. Ini tidak bermakna dia perlu lebih menyimpan dengan takaful sekiranya dia seorang makan gaji. Tidak mengambil kira kejayaan di masa hadapan dan kemampuan yang mungkin lebih nanti, ambil jumlah takaful yang mampu kita langsaikan sehingga 20 atau 40 tahun dari sekarang. Terdapat banyak kes yang mana, pelanggan mahu menghentikan polisi hanya kerana keperluan untuk membeli rumah, menghantar anak ke sekolah dan berkahwin. Mengambil polisi awal adalah satu kelebihan, jadi tidak timbul isu untuk menamatkan polisi di waktu kritikal sebegini kerana jumlah potongan takaful/ insuran ini sepatutnya adalah yang paling optimum. Ingat, sekali kita menamatkan polisi yang telah diambil sejak bujang, jumlah manfaat yang sama tidak mungkin akan kita nikmati dengan jumlah sumbangan yang sama seperti asal kita mengambilnya.
6. Elakkan dari membatalkan polisi sebelum matang. Banyak kerugian sekiranya membatalkan polisi lebih awal terutama sekali sebelum 5 tahun kerana pulangan tunai masih terlalu rendah. Kaji sebab-sebab mahu menghentikannya. Ini berkait dengan fakta 5. Tiada lagi perlindungan, kerugian wang tunai dan merugikan orang lain (waris kita) kerana dengan hanya mengurangkan simpanan RM100 misalnya, kita terlepas faedah 'bantuan' disaat kecemasan.
Selamat menyimpan bersama Takaful
Labels:
medical card,
takaful saving,
takaful wanita
Anak dan Penama
Setiap kali menandatangani borang permohonan takaful, kita perlu meletakkan sekurang-kurangnya seorang sebagai penama untuk memastikan wang yang dilaburkan akan sampai kepada pihak yang sepatutnya. Salah satu tindakan yang mereka buat biasanya mahu meletakkan nama anak. Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama bukan tindakan yang dapat menyelesaikan masalah. Sekiranya nama penama dalam borang diletakkan nama anak dibawah umur 18 tahun, seorang balu contohnya perlu menunggu sehingga usia anak 18 tahun untuk mengambil wang pampasan suami.
Disamping itu penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. . Penama bukanlah pemegang hak wang tersebut sepenuhnya. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid
Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.
Fatwa tersebut berbunyi;
1. Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.
2. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definasi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.
3. Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.
Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama., Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun atau sekiranya masih hendak meletakkan nama anak sebagai penama, pastikan terdapat nama penama lain yang berusia lebih 18 tahun.
Refer dari : rahsiatakful
Labels:
takaful education,
takaful saving
Perlu atau tidak Medical Card?
Secara amnya, pelan medical card adalah satu pilihan kepada kita. Kebanyakan syarikat menyediakan pelan secara tahunan namun bagi pihak peserta sendiri mungkin agak terbeban kerana perlu menyediakan jumlah 'cash' yang agak banyak setiap kali renewal. Ia bergantung kepada keperluan, pendapatan, kemudahan syarikat dimana kita bekerja atau manfaat yang disediakan dari pelan tersebut.
Terdapat beberapa contoh :
1. Untuk kakitangan kerajaan
Medical card - Sesetengah orang mengatakan tidak perlu. Mungkin dari pengalaman masuk hospital government, keadaan sudah sangat mencukupi. Apabila ada lebihan pendapatan, boleh ambil sebagai satu kemudahan ke hospital swasta. Pengalaman rakan saya sebagai seorang isteri pegawai kerajaan, kemudahan yang beliau dapati sangat memuaskan hatinya kerana pernah mengalami pengalaman 2 orang anak masuk hospital dan seorang lagi membuat pembedahan. Juga 2 parents beliau juga, mempunyai kemudahan yang sama. Memang layanan agak sederhana, tetapi sudah memadai kerana yang penting, semuanya terkawal dan memuaskan. Disini terdapat pilihan bagi kakitangan kerajaan kerana boleh mengambil pelan hayat/saving berasingan dengan pelan medical card. Namun sekiranya hendak mengambil kedua-dua pelan, amat digalakkan dan lebih selesa dengan pelan ke hospital swasta. Cadangan: Ambil pelan takaful saving standalone dari medical card kerana pampasan lebih besar dan jumlah lebih murah.
2. Untuk kakitangan swasta
Medical card amat perlu dalam kes ini. Namun terdapat peserta yang mungkin mempunyai pelan medical yang komprehensif untuk sendiri mahupun keluarga yang boleh didapati dari syarikat tempat mereka bekerja. Jika ada, peserta mungkin perlu membuat perbandingan tentang pelan medical card yang ada agar kegunaannya menjadi optimum. Jika tidak cukup, bolehlah mengambil pelan ini. Di sini ada kebaikannya pelan saving dan medical card dijadikan berasingan. Dalam kes ini pelan perlu juga diambil berasingan kerana mengambil kira isu di masa hadapan. Alasannya sangat mudah. Sekiranya kita hendak 'terminate' pelan medical card, (mungkin disebabkan tidak perlu, atau ahli keluarga sudah mempunyai panel medical syarikat sendiri yang lebih efisien) maka ia tidak menjejaskan pelan kesihatan dan saving kita yang sedia ada.
2. Untuk peniaga
Dah ada pelan saving/kesihatan? Itu persoalan pertama yang sering diajukan kepada peserta yang bekerja sendiri mahupun peniaga. Apa yang lebih ditekankan di sini, keperluan mengambil pelan simpanan dengan perlindungan amat penting kerana pelan ini mempunyai jumlah pampasan yang lebih tinggi yang ditinggalkan untuk waris mahupun untuk sendiri jika berlaku (meninggal dan hilang upaya). Lagipun tiada bonus graduiti mahupun kwsp akan dibayar kepada kumpulan ini, kecuali mereka membuat simpanan secara konsisten. Pampasan untuk waris adalah lebih bermakna kerana jumlah tunai ini boleh digunakan untuk menampung keperluan sekiranya peserta hilang upaya atau meninggal dunia. Yang berikutnya pastilah, pelan medical card dimana peserta boleh menggunakan kemudahan untuk kemasukan wad untuk sendiri dan ahli keluarga.
Contoh apabila sakit kronik iaitu didiagnose cancer: (Peserta mengambil pelan medical card & Pelan Saving/Kesihatan)
1. Pampasan penyakit kritikal (tunai) dibayar. Contoh: RM40,000.00
2. Bil dibayar sepenuhnya dengan kemasukan ke wad di hospital terpilih
3. Elaun tunai hospital dibayar setiap hari
4. Sumbangan bulanan disambung bayar oleh Takaful Ikhlas (pelan saving/kesihatan)
5. Kes apabila hilang upaya (TPD)* - Claim 100% pampasan dari pelan saving/kesihatan + Peratusan Simpanan
6. Pelan medical card masih berjalan sekiranya kemasukan wad.
Contoh apabila Kemalangan :
Berlaku TPD
1. Pampasan dari Claim 100% pelan saving
2. Pampasan kemalangan
3. Elaun tunai hospital dibayar
4. Jumlah peratusan simpanan beserta keuntungan dibayar
5. Bil dibayar sepenuhnya dengan kemasukan ke wad di hospital terpilih
Sila hubungi saya untuk pertanyaan: 0193313667
Takaful Kebakaran
Polisi ini direka khusus untuk menyediakan perlindungan yang menyeluruh kepada harta KEDIAMAN dan PERDAGANGAN (termasuk strukturnya) terhadap pelbagai bencana. Kami pastikan anda beroleh ketenangan fikiran kerana harta anda yang berharga, terjamin dilindungi. Kerosakan dan bencana dimasukkan ialah kerugian disebabkan oleh kebakaran, kilat dan letupan akibat daripada gas.
Pilihan tambahan boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-
• Petir
• Letupan
• Kerosakan akibat impak pesawat udara
• Kerosakan impak
• Kerosakan yang disebabkan air
• Hurikan, siklon, taufan, ribut
• Gempa bumi dan letusan gunung berapi
• Banjir
PASTIKAN BAHAWA HARTANAH ANDA DIINSURANSKAN/TAKAFUL PADA JUMLAH YANG BERSESUAIAN. ANDA DINASIHATKAN MEMBACA DAN MEMAHAMI KLAUSA INSURANS SERTA BERBINCANG DENGAN AGEN ATAU MENGHUBUNGI SYARIKAT SECARA TERUS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
Hubungi Huzaimah 019-3313667
Labels:
takaful am
Selamat Hari Raya Aidilfitri, anugerah yang terindah
Setelah sebulan penuh berpuasa, tibalah masa untuk meninggalkan bulan yang penuh dengan rahmat dan hadiah ini, bulan Ramadhan. Terasa baru saja semalam mengejutkan sikecil anak-anakku untuk bangun bersahur. Terasa baru beberapa hari saja, menikmati hidangan berbuka puasa yang kadang-kadang sangat menarik bagi mereka, kadang-kadang biasa-biasa saja buat mereka. Semuga ramadhan ini bukan kali terakhir buat kami. Sesungguhnya setiap yang kita lakukan, hendaknya ada balasan pahala dan rahmat dari Allah.
Aidilfitri datang lagi. Bak kata ustaz di rancangan Muqaddimah TV9, sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia. Hubungan manusia ini setiap hari ada turun naiknya. Hidup bermasyarakat pastilah kita sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Ibu bapa , kawan-kawan, saudara-mara dan sesiapa saja disekeliling kita. Pasti ada terasa hati, tersakit hati dan sedikit marah di sana-sini. Untuk itu Allah anugerahkan suatu perasaan yang sangat suci iaitu kemaafan dan keampunan. Mohon kemaafan dan beri kemaafan, Allah janjikan pahala yang setimpal. Biarpun memaafkan orang yang menzalimi kita amat menyakitkan, namun buangkanlah kekeruhan supaya hati kita akan kembali tenang. Ampunkan orang adalah kunci kerukunan dan Allah akan hisab kita dengan begitu mudah. Bukankah hidup ini terlalu singkat untuk kita bersengketa.
Juga mengikut hadis Rasulullah s.a.w "Berhadiah-hadiahlah kamu, kelak kamu akan menjadi berkasih-kasihan dan berjabat tenganlah kamu nanti hilanglah rasa kedengkian antaramu." Hubungkan silaturrahim antara kita semuga segala rasa yang tidak diingini hilang lenyap bersama usia yang semakin singkat.
Aidilfitri datang lagi. Bak kata ustaz di rancangan Muqaddimah TV9, sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia. Hubungan manusia ini setiap hari ada turun naiknya. Hidup bermasyarakat pastilah kita sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Ibu bapa , kawan-kawan, saudara-mara dan sesiapa saja disekeliling kita. Pasti ada terasa hati, tersakit hati dan sedikit marah di sana-sini. Untuk itu Allah anugerahkan suatu perasaan yang sangat suci iaitu kemaafan dan keampunan. Mohon kemaafan dan beri kemaafan, Allah janjikan pahala yang setimpal. Biarpun memaafkan orang yang menzalimi kita amat menyakitkan, namun buangkanlah kekeruhan supaya hati kita akan kembali tenang. Ampunkan orang adalah kunci kerukunan dan Allah akan hisab kita dengan begitu mudah. Bukankah hidup ini terlalu singkat untuk kita bersengketa.
Juga mengikut hadis Rasulullah s.a.w "Berhadiah-hadiahlah kamu, kelak kamu akan menjadi berkasih-kasihan dan berjabat tenganlah kamu nanti hilanglah rasa kedengkian antaramu." Hubungkan silaturrahim antara kita semuga segala rasa yang tidak diingini hilang lenyap bersama usia yang semakin singkat.
Labels:
takaful saving,
Tazkirah
Kenapa saya menjadi wakil Takaful?
Setelah sekian lama tidak menghadiri mana-mana kursus latihan, saya terpanggil untuk menghadiri kursus memprospek dari En Sohibul, salah seorang Group Agency Manager. Kursus dihadiri oleh ramai wakil takaful baru, namun ramai juga orang-orang lama yang mahu menggilap semula, mahupun mendengar dari orang yang lebih berilmu dalam bidang ini. Salah satu yang menyentuh hati, ialah pandangan dari Puan Norasyikin tentang kekuatan dan kenapa memilih menjadi wakil Takaful Ikhlas sdn Bhd.
Setiap pekerjaan yang kita lakukan, punya matlamat tersendiri, walaupun pada asas dan lumrahnya tentulah untuk mencari wang demi masa depan keluarga, dan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Namun sebagai seorang Islam, tanggungjawab kita lebih berat lagi. Islam merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita. Dari saat bangun tidur, hingga kita memejam mata pada malam hari, semua aktiviti kita adalah berkisar dengan diri kita sebagai seorang Islam. Sedar tak sedar, setiap pekerjaan yang kita lakukan perlulah diniatkan kerana Allah, mendapatkan keredhaan Allah. Keluarnya bekerja seorang wakil Takaful haruslah diiringi dengan niat untuk berjuang untuk Islam. Dan apakah itu? Salah satunya tentulah muamalat Islam. Ada kalanya, hati tidak begitu bersemangat, tidak begitu ghairah untuk keluar bekerja apabila mengenangkan tugasan-tugasan biasa, bertemu dan mengajak pelanggan masuk atau ambil takaful. Tapi disebaliknya, tahukah kita bahawa diluar sana banyak unsur-unsur yang tidak syariat yang perlu diperangi secara dalaman.
Tiada statistik pengambilan riba kerana ianya tiada yang mahu mendedahkan atau dibuat penyelidikan secara rasmi. Sedangkan Riba' adalah musuh no. 1 Islam yang harus diperangi habis-habisan. Sedarkah kita, perkara yang diambil remeh adalah sesuatu yang amat besar yang selalu kita lupa termasuklah saya sendiri. Seringan-ringan riba' adalah sama seperti zina dengan ibubapa sendiri. nauzubillah.
Sesekali terasa beratnya tanggungjawab, mahu memerangi dan memberi penerangan di luar sana tentang inilah salah satu cara untuk menghalalkan keperluan kita. Takaful. Ada orang begitu mudah mengambil jalan singkat dengan produk yang berleluasa di luar sana. Alhamdulillah, setakat ini saya mampu lagi memberi penerangan, mengajak saudara menuju ke jalan yang sepatutnya. Tidak sekali-kali berdebat tentang ini, kerana perkara Riba adalah fakta yang jelas nyata. Tiada yang tersembunyi tentangnya. Terserah jika mereka masih mahu memilih jalan yang satu lagi itu. Pilihan masih tetap ditangan kita. Sejauh mana iman kita.
Beberapa fakta Riba :
1. Tahukah anda bahawa, riba', kadar faedah, dan bunga itu adalah benda yang sama?
2. Tahukah anda bahawa riba' adalah punca utama menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang mana mereka yang miskin menjadi semakin miskin dan yang kaya menjadi semakin kaya?
3. Tahukah anda bahawa riba' juga salah satu penyebab jatuhnya empayar Ottoman?
4. Tahukah anda karangan William Shakespeare bertajuk "Merchant of Venice" berkisar mengenai pengambilan riba?
5. Tahukah anda bahawa Allah SW dan Rasulnya mengishtiharkan perang terhadap mereka yang mengambil riba'? (Surah Al Baqarah 2:279)
6. Tahukah anda bahawa mengambil riba', memberi riba', merekod dan menjadi saksi kepada urusan riba itu dosanya adalah sama? (Sahih Muslim)
7. Tahukah anda bahawa larangan riba' juga terdapat didalam Kitab Injil? (Leviticious 25:35-7, Exodus 22:24, Deutronomy 23:19-20 dll.)
8. Tahukah anda bahawa terdapat 70 jenis riba'? Dan yang paling kecil dosanya adalah seperti berzina dengan ibu sendiri? (Ibnu Majah, Baihaqi)
9. Tahukah anda bahawa menerima satu dirham (wang perak) riba' dengan menyedarinya, dosanya lebih besar dari berzina 36 kali? (Ahmad)
10. Tahukah anda bahawa semasa israk mikraj, Nabi SAW melihat mereka yang makan riba' perutnya dipenuhi dengan ular? (Ahmad, Ibn Majah)
11. Tahukah anda bahawa akan tiba masanya tidak ada seorang pun didunia ini yang terkecuali dari riba', jika dia tidak terlibat dengan riba' sekalipun debu atau wap riba' akan kena padanya (Sahih Abu Daud)
Rujukan: The Prohibition of Riba In The Quran & Sunnah oleh Sheikh Imran Hossein
Labels:
takaful saving,
Tazkirah
Mengurus Kewangan
Langkah-langkah Mengurus Kewangan :
Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji kita besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan wang ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Kita boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.
Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut:
1. Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.
Adakah anda merancang untuk…
Membeli rumah?
Membeli kereta?
Memulakan keluarga?
Menabung untuk pendidikan anak anda?
Melancong?
Menyediakan perbelanjaan perubatan?
Menyimpan wang untuk digunakan setelah bersara?
Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.
2. Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:
-Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
-Berapa banyak hutang anda setiap bulan
-Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan
3. Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:
-Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
-Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
-Hutang anda lebih besar daripada pendapatan
-Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak
4. Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:
-Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
-Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
-Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)
Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji kita besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan wang ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Kita boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.
Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut:
1. Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.
Adakah anda merancang untuk…
Membeli rumah?
Membeli kereta?
Memulakan keluarga?
Menabung untuk pendidikan anak anda?
Melancong?
Menyediakan perbelanjaan perubatan?
Menyimpan wang untuk digunakan setelah bersara?
Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.
2. Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:
-Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
-Berapa banyak hutang anda setiap bulan
-Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan
3. Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:
-Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
-Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
-Hutang anda lebih besar daripada pendapatan
-Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak
4. Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:
-Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
-Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
-Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)
Labels:
Perancangan Kewangan
Subscribe to:
Posts (Atom)













.jpg)
