Dengan menyumbang dan memberi amanat kepada Takaful, sumbangan anda akan dikongsi dalam bentuk sedekah dan dana yang akan dilaburkan ke kaunter-kaunter Islam, Sijil Islam Kerajaan, Bond-bond Islam dan Simpanan Tetap dalam Institusi Kewangan Islam. Sila lihat
Konsep Takaful
Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
Dalil Kerjasama
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)
Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
Dalil Tanggungjawab
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)
Dalil Saling Melindungi
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad) Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.
Memahami Kontrak Takaful
Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.
Kami Menyediakan Perkhidmatan Insuran Takaful, Medical Card Keluarga, Education Plan dan Insuran Kenderaan /Renew Road Tax SECARA ONLINE Hubungi 019-3313667
Showing posts with label medical card. Show all posts

Medical Card Individual Pilihan Saya
Medical card merupakan satu keperluan terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan perubatan dan kesihatan yang disediakan dari syarikat mereka bekerja. Ciri-cirinya yang komprehensif dan mampu milik sangat sesuai bagi golongan individu bekerja sendiri dan surirumah. Orang tersayang disekeliling kita mempunyai kepentingan dan mempunyai kesan secara terus apabila sesuatu berlaku kepada kita.
Justeru itu saya mencadangkan pelan terbaik untuk sesebuah keluarga ialah apabila ciri takaful keluarga tersebut mempunyai gabungan pelan takaful simpanan+perlindungan kesihatan + medical card.
Di Takaful Ikhlas, kami menyediakan perkhidmatan individual bagi setiap pakej di mana kita tidak menggabungkan pelan takaful hayat dengan pelan medical card supaya peserta lebih mudah membuat pilihan sekiranya beliau sudah mempunyai salah satu dari pelan tersebut. Malahan jumlah yang dikira untuk kiraan pelaburan simpanan telah dinyatakan tanpa ada jumlah 'burn' yang tersembunyi sekiranya kita mengambil kedua-duanya sekali.
Diharap maklumat ini dapat memudahkan pihak tuan/puan untuk membuat pemilihan.
Untuk lebih pencerahan dalam maklumat berkaitan pelan di atas, dapatkan proposal Pelan Simpanan Perlindungan dan Medical card dengan caruman yang anda layak dapat dengan menghantarkan kepada kami maklumat dibawah :
1. Tarikh Lahir
2. Jantina
3. Jenis plan keluarga atau individu
4. Nombor telefon dan lokasi
email atau sms maklumat ini ke huzaimah@yahoo.com atau hubungi 019-3313667
Labels:
medical card,
medical card bulanan
6 Cara jimat dengan polisi takaful/insuran anda -
1. Baca dan fahami kontrak di dalam polisi anda dari masa ke semasa. Dengan peredaran masa, kita mungkin perlu menyemak semula polisi yang sedia ada atas sebab-sebab perkahwinan, bertambahnya cahaya mata dan keperluan perlindungan di saat kecemasan.
2. Jangan ambil perlindungan yang 'redundant'. Mempunyai medical card contohnya tidak memberikan apa-apa faedah sekiranya keluarga sudah memiliki medical card keluarga yang disediakan oleh syarikat tempat kita bekerja. Keperluan mungkin atas jumlah perlindungan yang disediakan oleh pihak takaful/ insuran terbabit. Namun syarikat-syarikat besar kebanyakannya menyediakan kemudahan yang agak sempurna dan manfaat besar untuk kakitangan mereka.
3. Sekiranya terancang, dapatkan semua perlindungan dari satu pengendali Takaful /Insuran. Ini lebih memudahkan cara, sewaktu tuntutan , mengemaskini maklumat dan kemudahan pembayaran.
4. Beli yang perlu saja. Seperti juga 'window shopping', lakukan seberapa banyak kajian dan pencarian maklumat dan fakta sebelum berurus dengan agen. Agen yang bertanggungjawab memberi maklumat dari sudut keperluan sebagai seorang pelanggan.
5. Ambil ikut keperluan. Seorang bujang mempunyai banyak lebihan dari gaji bulanan. Ini tidak bermakna dia perlu lebih menyimpan dengan takaful sekiranya dia seorang makan gaji. Tidak mengambil kira kejayaan di masa hadapan dan kemampuan yang mungkin lebih nanti, ambil jumlah takaful yang mampu kita langsaikan sehingga 20 atau 40 tahun dari sekarang. Terdapat banyak kes yang mana, pelanggan mahu menghentikan polisi hanya kerana keperluan untuk membeli rumah, menghantar anak ke sekolah dan berkahwin. Mengambil polisi awal adalah satu kelebihan, jadi tidak timbul isu untuk menamatkan polisi di waktu kritikal sebegini kerana jumlah potongan takaful/ insuran ini sepatutnya adalah yang paling optimum. Ingat, sekali kita menamatkan polisi yang telah diambil sejak bujang, jumlah manfaat yang sama tidak mungkin akan kita nikmati dengan jumlah sumbangan yang sama seperti asal kita mengambilnya.
6. Elakkan dari membatalkan polisi sebelum matang. Banyak kerugian sekiranya membatalkan polisi lebih awal terutama sekali sebelum 5 tahun kerana pulangan tunai masih terlalu rendah. Kaji sebab-sebab mahu menghentikannya. Ini berkait dengan fakta 5. Tiada lagi perlindungan, kerugian wang tunai dan merugikan orang lain (waris kita) kerana dengan hanya mengurangkan simpanan RM100 misalnya, kita terlepas faedah 'bantuan' disaat kecemasan.
Selamat menyimpan bersama Takaful
Labels:
medical card,
takaful saving,
takaful wanita
Perlu atau tidak Medical Card?
Secara amnya, pelan medical card adalah satu pilihan kepada kita. Kebanyakan syarikat menyediakan pelan secara tahunan namun bagi pihak peserta sendiri mungkin agak terbeban kerana perlu menyediakan jumlah 'cash' yang agak banyak setiap kali renewal. Ia bergantung kepada keperluan, pendapatan, kemudahan syarikat dimana kita bekerja atau manfaat yang disediakan dari pelan tersebut.
Terdapat beberapa contoh :
1. Untuk kakitangan kerajaan
Medical card - Sesetengah orang mengatakan tidak perlu. Mungkin dari pengalaman masuk hospital government, keadaan sudah sangat mencukupi. Apabila ada lebihan pendapatan, boleh ambil sebagai satu kemudahan ke hospital swasta. Pengalaman rakan saya sebagai seorang isteri pegawai kerajaan, kemudahan yang beliau dapati sangat memuaskan hatinya kerana pernah mengalami pengalaman 2 orang anak masuk hospital dan seorang lagi membuat pembedahan. Juga 2 parents beliau juga, mempunyai kemudahan yang sama. Memang layanan agak sederhana, tetapi sudah memadai kerana yang penting, semuanya terkawal dan memuaskan. Disini terdapat pilihan bagi kakitangan kerajaan kerana boleh mengambil pelan hayat/saving berasingan dengan pelan medical card. Namun sekiranya hendak mengambil kedua-dua pelan, amat digalakkan dan lebih selesa dengan pelan ke hospital swasta. Cadangan: Ambil pelan takaful saving standalone dari medical card kerana pampasan lebih besar dan jumlah lebih murah.
2. Untuk kakitangan swasta
Medical card amat perlu dalam kes ini. Namun terdapat peserta yang mungkin mempunyai pelan medical yang komprehensif untuk sendiri mahupun keluarga yang boleh didapati dari syarikat tempat mereka bekerja. Jika ada, peserta mungkin perlu membuat perbandingan tentang pelan medical card yang ada agar kegunaannya menjadi optimum. Jika tidak cukup, bolehlah mengambil pelan ini. Di sini ada kebaikannya pelan saving dan medical card dijadikan berasingan. Dalam kes ini pelan perlu juga diambil berasingan kerana mengambil kira isu di masa hadapan. Alasannya sangat mudah. Sekiranya kita hendak 'terminate' pelan medical card, (mungkin disebabkan tidak perlu, atau ahli keluarga sudah mempunyai panel medical syarikat sendiri yang lebih efisien) maka ia tidak menjejaskan pelan kesihatan dan saving kita yang sedia ada.
2. Untuk peniaga
Dah ada pelan saving/kesihatan? Itu persoalan pertama yang sering diajukan kepada peserta yang bekerja sendiri mahupun peniaga. Apa yang lebih ditekankan di sini, keperluan mengambil pelan simpanan dengan perlindungan amat penting kerana pelan ini mempunyai jumlah pampasan yang lebih tinggi yang ditinggalkan untuk waris mahupun untuk sendiri jika berlaku (meninggal dan hilang upaya). Lagipun tiada bonus graduiti mahupun kwsp akan dibayar kepada kumpulan ini, kecuali mereka membuat simpanan secara konsisten. Pampasan untuk waris adalah lebih bermakna kerana jumlah tunai ini boleh digunakan untuk menampung keperluan sekiranya peserta hilang upaya atau meninggal dunia. Yang berikutnya pastilah, pelan medical card dimana peserta boleh menggunakan kemudahan untuk kemasukan wad untuk sendiri dan ahli keluarga.
Contoh apabila sakit kronik iaitu didiagnose cancer: (Peserta mengambil pelan medical card & Pelan Saving/Kesihatan)
1. Pampasan penyakit kritikal (tunai) dibayar. Contoh: RM40,000.00
2. Bil dibayar sepenuhnya dengan kemasukan ke wad di hospital terpilih
3. Elaun tunai hospital dibayar setiap hari
4. Sumbangan bulanan disambung bayar oleh Takaful Ikhlas (pelan saving/kesihatan)
5. Kes apabila hilang upaya (TPD)* - Claim 100% pampasan dari pelan saving/kesihatan + Peratusan Simpanan
6. Pelan medical card masih berjalan sekiranya kemasukan wad.
Contoh apabila Kemalangan :
Berlaku TPD
1. Pampasan dari Claim 100% pelan saving
2. Pampasan kemalangan
3. Elaun tunai hospital dibayar
4. Jumlah peratusan simpanan beserta keuntungan dibayar
5. Bil dibayar sepenuhnya dengan kemasukan ke wad di hospital terpilih
Sila hubungi saya untuk pertanyaan: 0193313667
Mahu Khusyuk Solat
Beberapa panduan untuk khusyuk sembahyang :
(i) Saudara perlu tahu hakikat khusyuk sembahyang dan keperluannya
(ii) Kurangkan kerja yang boleh menyebabkan badan penat sehingga tidak berupaya menumpukan fikiran ketika sembahyang, termasuk sembahyang malam,
(iii) Ingatkan umur yang semakin tua
(iv) Jangan tinggalkan amalan sunat dan elakkan melakukan perkara-perkara dilarang dalam sembahyang
(v) Ingat bahawa melakukan kerja itu semata-mata kerana Allah. Sama ada kerja di pejabat kerajaan atau sendiri.
Apabila kerja itu dilakukan kerana Allah, ia diperkira ibadah. Setiap ibadah diberi pahala. Kerana itu, apabila sesuatu kerja, dilakukan sehingga terabai ibadah wajib, iaitu ibadah sembahyang, maka ketika itu melakukan kerja-kerja yang dikatakan semata-mata kerana Allah menjadi satu persoalan.
Oleh kerana kerja itu ibadah, maka urusan kerja itu tidak boleh dicampuradukkan dengan amalan mungkar, seperti pecah amanah, rasuah, menipu dan sebagainya.
Orang yang terlalu asyik bekerja, biarpun dikatakan kerana Allah, untuk menyara diri, anak dan isteri juga seluruh keluarga, tetapi apabila kerja itu menyebabkan terabainya ibadah, maka di situlah kelihatan bagaimana nafsu itu menguasai pemikiran seseorang, lalu akhirnya individu berkenaan terus leka bekerja, terus bermesyuarat biarpun waktu sembahyang telah tiba lalu akhirnya meninggalkan sembahyang dan sebagainya.
Ketika itu kerja yang dilakukan bukan merupakan ibadah lagi tetapi kerana nafsu, biarpun ia dilakukan di luar kesedaran kerana minat atau sebab-sebab lain.
Ingat bahawa kerja yang kita lakukan antaranya ialah untuk menyara hidup agar hidup ini dalam keadaan selesa, badan sihat, tidak kurang makan, ada tempat tinggal dan sebagainya termasuk pakaian, kereta dan lain-lain lagi.
Jasad yang kita bela itu akhirnya akan pupus, mati dan akan tinggal dalam tanah, menjadi habuan ulat. Begitu juga dengan rumah, kereta dan taman-taman yang mengharum mewangi, segala-galanya akan ditinggalkan, tetapi roh itu dicabut oleh malaikat akan dipersembahkan kepada Allah kekal selama-lamanya dan menerima balasan baik dan jahat, bergantung kepada amalan kita ketika hidup di dunia. Menerima balasan syurga atau neraka bergantung kepada ibadah kita, terutamanya sembahyang.
Kewajipan agama yang mula-mula difardukan oleh Allah terhadap manusia ialah sembahyang. Amalan hamba yang mula-mula sekali akan ditanya pada hari kiamat kelak ialah ibadah sembahyang. Sekiranya sembahyang yang dilakukan itu diterima Allah, maka akan diterimalah seluruh amalannya. Sekiranya tidak, maka tidak diterimalah seluruh amalan hamba berkenaan.
Hal demikian memperlihatkan bahawa sembahyang itu lambang keteguhan iman. Sekiranya sembahyang seseorang itu baik, maka baiklah lain-lain amalannya.
Barang siapa memelihara sembahyang, maka sembahyang itu akan memelihara hamba berkenaan dan akan terpeliharalah agamanya.
Barang siapa mensia-siakan ibadah sembahyang, maka sembahyang itu akan mensia-siakannya. Orang berkenaan tidak akan peduli atau mensia-siakan ibadah-ibadah yang lain.
Mereka yang tidak memperoleh ketenangan daripada sembahyang, bererti mereka tidak akan memperoleh ketenangan dalam jiwanya dalam erti kata sebenar, kerana sembahyang adalah ibadah paling utama dalam usaha memperoleh ketenangan dan tangga mukmin untuk menghampirkan diri kepada Allah.
Ucapan dalam sembahyang adalah perangsang dalam jiwa untuk membentuk cara berfikir dan bertindak yang akan dipersembahkan atau dipamerkan kepada Allah.
Kerana itu setiap orang yang sembahyang mesti memahami apa yang diucapkan dalam usaha memperoleh khyusuk.
Sembahyang adalah gambaran iman. Sentuhan kasih sayang yang mampu membuka hati, menembusi rahsia zat yang Maha Agung. Ia adalah proses perpindahan jiwa seorang hamba kepada Allah yang menciptanya.
Sembahyang adalah wasilah mensyukuri nikmat Allah dan ikrar ketuhanan. Bermaksud, orang yang meninggalkan, mengabaikan atau memandang ringan sembahyang ialah orang yang mengingkari nikmat Allah.
Khusyuk ialah keadaan jiwa yang tenang. Ia adalah amalan hati. Sekiranya hati khusyuk, maka akan khusyuklah seluruh anggota badan. Gaya laku luaran menggambarkan keadaan batin, iaitu hati. Hati adalah penguasa. Jiwa yang khusyuk, menyebabkan semua anggota tubuh menjadi tawaduk, merangkumi ucapan dan gerakan tubuh.
Khusyuk ketika sembahyang hanya diperoleh oleh orang yang berupaya menumpukan seluruh pengamatan dan keprihatinan kepada Allah. Sembahyang mempengaruhi kehidupan kerana sembahyang adalah tempat atau punca ketenangan jiwa:
i) Melahirkan konsentrasi sepenuhnya kepada Allah
ii) Mempengaruhi jiwa seseorang ketika rohnya berhubung dengan zat Allah. Menghilangkan rasa gelisah, cinta dunia, tekanan resah gelisah dan sebagainya yang akhirnya akan mencetuskan rasa lega, kekuatan dalaman dan sifat qanaah lalu akhirnya menambah rasa yakin dan akhirnya menyebabkan kekuatan roh.
iii) Melahirkan sifat rendah diri, lahir daripada kesedaran terhadap keagungan Allah, mengikis rasa sombong, angkuh, riak dan takbur, juga seluruh sifat jahat berkaitan dengan hati
iv) Melahirkan sifat makrifat hakiki terhadap Allah dan keinginan terus berdampingan dengan-Nya.
v) Menghindarkan diri daripada perbuatan sia-sia, yang boleh menyebabkan seseorang itu terhindar daripada mengingati Allah.
Allah berfirman (surah al-Mukminun: 1-2):
Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam sembahyang.
Setelah sempurna menjadikan Adam, Allah memerintahkan agar para malaikat sujud kepada Adam. Semua malaikat sujud kecuali iblis. Ia enggan kerana merasakan bahawa kejadiannya lebih baik daripada Adam.
Keengganan iblis menyebabkan kemurkaan Allah, lalu ia dihalau daripada syurga dalam kutukan Allah, iblis termasuk dalam golongan kafir. Kemurkaan Allah menyebabkan iblis memusuhi Adam dan keturunannya, kerana Adamlah atau kerana keengganannya sujud kepada Adamlah menyebabkan ia terhalau dari syurga, menjadi hina, dilaknat, dikutuk terputus daripada rahmat Allah dan tidak akan mendapat pertolongan-Nya, yang akhirnya akan dimasukkan dalam neraka. Sejahat-jahat balasan di penghujung kehidupan makhluk Allah.
Dari sinilah iblis bersumpah di mana ia juga konco-konconya akan menipu, mengganggu dan menghasut manusia yang menyebabkan manusia akhirnya tunduk kepada runtunan nafsu.
Merasakan tingkah laku yang salah sebagai budaya hidup harian, manakala amalan yang baik, yang difardukan oleh Allah diabaikan. Iblis juga bersumpah akan menyesatkan manusia kecuali mereka yang ikhlas.
Dalam sebuah hadis Qudsi dijelaskan bahawa iblis akan sentiasa mengganggu dan berusaha untuk menipu manusia sepanjang hidup, sehinggalah roh berpisah daripada jasad, iaitu setelah seseorang itu mati.
Allah menjelaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Dalam masa yang sama, iblis telah bersumpah untuk menyesatkan manusia, menipu dan mengganggu manusia, keturunan anak Adam.
Kerana itu tidak peliklah sekiranya iblis mengganggu setiap orang agar mengabaikan sembahyang, tidak melakukan sembahyang langsung, leka ketika sembahyang dan sebagainya yang boleh menyebabkan sembahyang seseorang itu tidak sah ataupun tidak diterima Allah, menyebabkan sembahyang yang dilakukan tidak berupaya mencegah pelakunya daripada terlibat dengan kejahatan.
Iblis dan syaitan mengganggu dan memperdaya manusia ketika hendak sembahyang, menyebabkan manusia di antaranya langsung tidak mendirikan sembahyang atau melambat-lambatkan sembahyang.
Ketika berwuduk ditimbulkan rasa waswas, begitu juga ketika memulakan sembahyang, iaitu ketika berniat, ketika membaca Al-Fatihah, ketika sedang sembahyang terutamanya ketika sembahyang berjemaah.
Iblis mendatangkan pelbagai ingatan yang lepas, seperti ketika berada di kampung, di pejabat, ingatan ketika di perjalanan, mengira berapa untung dan rugi yang akan diterima atau yang ditanggung.
Iblis dan syaitan juga berupaya menimbulkan rasa mengantuk, rasa adanya keluar air kencing atau terkentut ketika seseorang itu sedang sembahyang. Semuanya adalah merupakan antara tanda-tanda gangguan iblis dan syaitan ketika sembahyang, menyebabkan seseorang itu tidak ada rasa khusyuk.
Perbezaan bentuk tipu dan helah ini dilakukan bergantung kepada kekuatan roh seseorang.
Saudara bukan golongan orang yang diganggu oleh iblis dan syaitan dalam bentuk yang dijelaskan di atas. Walaupun demikian saudara sebenarnya tertipu melalui nafsu atau kecenderungan bekerja.
Saudara menghabiskan waktu dengan bekerja, memberi seluruh pengamatan menyebabkan badan letih dan kurang tumpuan pada ibadah sembahyang, menyebabkan saudara rasakan tidak ada ruang yang cukup untuk sembahyang.
Apabila rasa letih kerana bekerja seharian itu bersatu dengan rasa tidak selesa melakukan sembahyang, ketika itu saudara akan berasa sembahyang itu seumpama kurang perlu, berbanding dengan kerja yang saudara lakukan sebelum pencen dengan begitu minat dan bertenaga. Ketika itu saudara merasakan bahawa sembahyang itu perlu dilakukan secepat mungkin, menyebabkan rasa khusyuk itu hilang.
Andainya saudara berupaya muhasabah diri dengan mengambil kira kaedah yang saya jelaskan, saudara akan menyedari di mana terletaknya kedudukan saudara sekarang, yang akhirnya saudara berpatah kembali dan melakukan sembahyang dan sembahyang waktu malam seperti yang saudara lakukan sebelum pencen.
Sekiranya tidak, saudara jelasnya termasuk dalam golongan mereka yang terpedaya, tidak berhenti-henti mengejar nikmat dunia.
Sedutan Dari Rencana oleh
Dr. Amran Kasimin
Utusan Malaysia

Subscribe to:
Posts (Atom)