Showing posts with label takaful saving. Show all posts
Showing posts with label takaful saving. Show all posts

Memang Saya Perlukan Takaful


(*Ilustrasi Contoh)

Tawaran masih terbuka dari kami. Anda memang perlukan Takaful jika :

1. Bekerja makan gaji / Bekerja sendiri
2. Bukan jutawan
3. Mempunyai hutang
4. Masih sihat wal-afiat
5. Masih muda
6. Mempunya keluarga
7. Baru berkahwin
8. Baru bekerja
9. Baru melahirkan anak
10. Mahu kemudahan di saat kecemasan
11. Mahu anak mendapat jaminan pendidikan
12. Mempunyai hutang
13. Mahu persaraan selesa

Kerana setiap satu mempunyai kos yang keluarga anda harus pikul jika sesuatu berlaku kepada anda.
Hanya dengan sehari RM3, simpanan dengan manfaat 11 dalam 1 pakej pelan perlindungan buat yang tersayang akan anda nikmati.

Menarik Takaful Keluarga




Takaful keluarga menawarkan faedah perlindungan hayat dan simpanan jangka panjang. Kita dan waris akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika kita (atau peserta dalam polisi) ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, kita juga akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan.

Selain itu :
1. Kita boleh memilih sendiri tempoh matang dalam pelan kita. Tempoh yang paling sesuai ialah 20 tahun ke atas. Kenapa? Kerana Takaful ialah komitmen jangka panjang. Kita tentu mahu dilindungi seumur hidup kita. Sekiranya mahu mengambil takaful hanya untuk setahun dua, ia tidak memenuhi tujuan kita memerlukan perlindungan itu sendiri.

2. Kita juga layak dikecualikan daripada cukai pendapatan dalam bahagian rebet yang berkaitan takaful jika anda menyertai pelan takaful keluarga.

3. Juga jangan risau, Takaful bukan skim yang merugikan manusia. Malah ianya adalah pertolongan UTAMA disaat kita menghadapi kecemasan. Ini kerana, jika perlindungan optimum yang kita ambil, disaat berlaku kesempitan seperti sakit, kemalangan atau hilang upaya, kita tidak perlu menggunakan sumber sendiri untuk membayar atau mendapatkan faedah perubatan.

4. Pastikan kita benar-benar memahami konsep pelaburan dengan takaful. Banyak aduan dan keluhan yang saya terima tentang takaful, insuran tipu, rugi, tidak dapat pulangan semula dan sebagainya, yang secara tidak langsung memberikan gambaran buruk tentang konsep takaful.

Jom sertai kami. Hubungi saya 019-3313667 untuk pertanyaan

6 Cara jimat dengan polisi takaful/insuran anda -




1. Baca dan fahami kontrak di dalam polisi anda dari masa ke semasa. Dengan peredaran masa, kita mungkin perlu menyemak semula polisi yang sedia ada atas sebab-sebab perkahwinan, bertambahnya cahaya mata dan keperluan perlindungan di saat kecemasan.

2. Jangan ambil perlindungan yang 'redundant'. Mempunyai medical card contohnya tidak memberikan apa-apa faedah sekiranya keluarga sudah memiliki medical card keluarga yang disediakan oleh syarikat tempat kita bekerja. Keperluan mungkin atas jumlah perlindungan yang disediakan oleh pihak takaful/ insuran terbabit. Namun syarikat-syarikat besar kebanyakannya menyediakan kemudahan yang agak sempurna dan manfaat besar untuk kakitangan mereka.

3. Sekiranya terancang, dapatkan semua perlindungan dari satu pengendali Takaful /Insuran. Ini lebih memudahkan cara, sewaktu tuntutan , mengemaskini maklumat dan kemudahan pembayaran.

4. Beli yang perlu saja. Seperti juga 'window shopping', lakukan seberapa banyak kajian dan pencarian maklumat dan fakta sebelum berurus dengan agen. Agen yang bertanggungjawab memberi maklumat dari sudut keperluan sebagai seorang pelanggan.

5. Ambil ikut keperluan. Seorang bujang mempunyai banyak lebihan dari gaji bulanan. Ini tidak bermakna dia perlu lebih menyimpan dengan takaful sekiranya dia seorang makan gaji. Tidak mengambil kira kejayaan di masa hadapan dan kemampuan yang mungkin lebih nanti, ambil jumlah takaful yang mampu kita langsaikan sehingga 20 atau 40 tahun dari sekarang. Terdapat banyak kes yang mana, pelanggan mahu menghentikan polisi hanya kerana keperluan untuk membeli rumah, menghantar anak ke sekolah dan berkahwin. Mengambil polisi awal adalah satu kelebihan, jadi tidak timbul isu untuk menamatkan polisi di waktu kritikal sebegini kerana jumlah potongan takaful/ insuran ini sepatutnya adalah yang paling optimum. Ingat, sekali kita menamatkan polisi yang telah diambil sejak bujang, jumlah manfaat yang sama tidak mungkin akan kita nikmati dengan jumlah sumbangan yang sama seperti asal kita mengambilnya.

6. Elakkan dari membatalkan polisi sebelum matang. Banyak kerugian sekiranya membatalkan polisi lebih awal terutama sekali sebelum 5 tahun kerana pulangan tunai masih terlalu rendah. Kaji sebab-sebab mahu menghentikannya. Ini berkait dengan fakta 5. Tiada lagi perlindungan, kerugian wang tunai dan merugikan orang lain (waris kita) kerana dengan hanya mengurangkan simpanan RM100 misalnya, kita terlepas faedah 'bantuan' disaat kecemasan.

Selamat menyimpan bersama Takaful


Anak dan Penama



Setiap kali menandatangani borang permohonan takaful, kita perlu meletakkan sekurang-kurangnya seorang sebagai penama untuk memastikan wang yang dilaburkan akan sampai kepada pihak yang sepatutnya. Salah satu tindakan yang mereka buat biasanya mahu meletakkan nama anak. Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama bukan tindakan yang dapat menyelesaikan masalah. Sekiranya nama penama dalam borang diletakkan nama anak dibawah umur 18 tahun, seorang balu contohnya perlu menunggu sehingga usia anak 18 tahun untuk mengambil wang pampasan suami.

Disamping itu penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. . Penama bukanlah pemegang hak wang tersebut sepenuhnya. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid
Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Fatwa tersebut berbunyi;
1. Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

2. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definasi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.

3. Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan  dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama., Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun atau sekiranya masih hendak meletakkan nama anak sebagai penama, pastikan terdapat nama penama lain yang berusia lebih 18 tahun.

Refer dari : rahsiatakful

Selamat Hari Raya Aidilfitri, anugerah yang terindah

Setelah sebulan penuh berpuasa, tibalah masa untuk meninggalkan bulan yang penuh dengan rahmat dan hadiah ini, bulan Ramadhan. Terasa baru saja semalam mengejutkan sikecil anak-anakku untuk bangun bersahur. Terasa baru beberapa hari saja, menikmati hidangan berbuka puasa yang kadang-kadang sangat menarik bagi mereka, kadang-kadang biasa-biasa saja buat mereka. Semuga ramadhan ini bukan kali terakhir buat kami. Sesungguhnya setiap yang kita lakukan, hendaknya ada balasan pahala dan rahmat dari Allah.

Aidilfitri datang lagi. Bak kata ustaz di  rancangan Muqaddimah TV9, sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia. Hubungan manusia ini setiap hari ada turun naiknya. Hidup bermasyarakat pastilah kita sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Ibu bapa , kawan-kawan, saudara-mara dan sesiapa saja disekeliling kita. Pasti ada terasa hati, tersakit hati dan sedikit marah di sana-sini.  Untuk itu Allah anugerahkan suatu perasaan yang sangat suci iaitu kemaafan dan keampunan. Mohon kemaafan dan beri kemaafan, Allah janjikan pahala yang setimpal. Biarpun memaafkan orang yang menzalimi kita amat menyakitkan, namun buangkanlah kekeruhan supaya hati kita akan kembali tenang. Ampunkan orang adalah kunci kerukunan dan Allah akan hisab kita dengan begitu mudah. Bukankah hidup ini terlalu singkat untuk kita bersengketa.

Juga mengikut hadis Rasulullah s.a.w "Berhadiah-hadiahlah kamu, kelak kamu akan menjadi berkasih-kasihan dan berjabat tenganlah kamu nanti hilanglah rasa kedengkian antaramu." Hubungkan silaturrahim antara kita semuga segala rasa yang tidak diingini hilang lenyap bersama usia yang semakin singkat.

Kenapa saya menjadi wakil Takaful?



Setelah sekian lama tidak menghadiri mana-mana kursus latihan, saya terpanggil untuk menghadiri kursus memprospek dari En Sohibul, salah seorang Group Agency Manager. Kursus dihadiri oleh ramai wakil takaful baru, namun ramai juga orang-orang lama yang mahu menggilap semula, mahupun mendengar dari orang yang lebih berilmu dalam bidang ini. Salah satu yang menyentuh hati, ialah pandangan dari Puan Norasyikin tentang kekuatan dan kenapa memilih menjadi wakil Takaful Ikhlas sdn Bhd.

Setiap pekerjaan yang kita lakukan, punya matlamat tersendiri, walaupun pada asas dan lumrahnya tentulah untuk mencari wang demi masa depan keluarga, dan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Namun sebagai seorang Islam, tanggungjawab kita lebih berat lagi. Islam merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita. Dari saat bangun tidur, hingga kita memejam mata pada malam hari, semua aktiviti kita adalah berkisar dengan diri kita sebagai seorang Islam. Sedar tak sedar, setiap pekerjaan yang kita lakukan perlulah diniatkan kerana Allah, mendapatkan keredhaan Allah. Keluarnya bekerja seorang wakil Takaful haruslah diiringi dengan niat untuk berjuang untuk Islam. Dan apakah itu? Salah satunya tentulah muamalat Islam. Ada kalanya, hati tidak begitu bersemangat, tidak begitu ghairah untuk keluar bekerja apabila mengenangkan tugasan-tugasan biasa, bertemu dan mengajak pelanggan masuk atau ambil takaful. Tapi disebaliknya, tahukah kita bahawa diluar sana banyak unsur-unsur yang tidak syariat yang perlu diperangi secara dalaman.

Tiada statistik pengambilan riba kerana ianya tiada yang mahu mendedahkan atau dibuat penyelidikan secara rasmi. Sedangkan Riba' adalah musuh no. 1 Islam yang harus diperangi habis-habisan. Sedarkah kita, perkara yang diambil remeh adalah sesuatu yang amat besar yang selalu kita lupa termasuklah saya sendiri. Seringan-ringan riba' adalah sama seperti zina dengan ibubapa sendiri. nauzubillah.

Sesekali terasa beratnya tanggungjawab, mahu memerangi dan memberi penerangan di luar sana tentang inilah salah satu cara untuk menghalalkan keperluan kita. Takaful. Ada orang begitu mudah mengambil jalan singkat dengan produk yang berleluasa di luar sana. Alhamdulillah, setakat ini saya mampu lagi memberi penerangan, mengajak saudara menuju ke jalan yang sepatutnya. Tidak sekali-kali berdebat tentang ini, kerana perkara Riba adalah fakta yang jelas nyata. Tiada yang tersembunyi tentangnya. Terserah jika mereka masih mahu memilih jalan yang satu lagi itu. Pilihan masih tetap ditangan kita. Sejauh mana iman kita.

Beberapa fakta Riba :

1. Tahukah anda bahawa, riba', kadar faedah, dan bunga itu adalah benda yang sama?

2. Tahukah anda bahawa riba' adalah punca utama menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang mana mereka yang miskin menjadi semakin miskin dan yang kaya menjadi semakin kaya?

3. Tahukah anda bahawa riba' juga salah satu penyebab jatuhnya empayar Ottoman?

4. Tahukah anda karangan William Shakespeare bertajuk "Merchant of Venice" berkisar mengenai pengambilan riba?

5. Tahukah anda bahawa Allah SW dan Rasulnya mengishtiharkan perang terhadap mereka yang mengambil riba'? (Surah Al Baqarah 2:279)

6. Tahukah anda bahawa mengambil riba', memberi riba', merekod dan menjadi saksi kepada urusan riba itu dosanya adalah sama? (Sahih Muslim)

7. Tahukah anda bahawa larangan riba' juga terdapat didalam Kitab Injil? (Leviticious 25:35-7, Exodus 22:24, Deutronomy 23:19-20 dll.)

8. Tahukah anda bahawa terdapat 70 jenis riba'? Dan yang paling kecil dosanya adalah seperti berzina dengan ibu sendiri? (Ibnu Majah, Baihaqi)

9. Tahukah anda bahawa menerima satu dirham (wang perak) riba' dengan menyedarinya, dosanya lebih besar dari berzina 36 kali? (Ahmad)

10. Tahukah anda bahawa semasa israk mikraj, Nabi SAW melihat mereka yang makan riba' perutnya dipenuhi dengan ular? (Ahmad, Ibn Majah)

11. Tahukah anda bahawa akan tiba masanya tidak ada seorang pun didunia ini yang terkecuali dari riba', jika dia tidak terlibat dengan riba' sekalipun debu atau wap riba' akan kena padanya (Sahih Abu Daud)

Rujukan: The Prohibition of Riba In The Quran & Sunnah oleh Sheikh Imran Hossein

Konsep Takaful

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Dalil Kerjasama
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2) Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Dalil Tanggungjawab
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalil Saling Melindungi
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad) Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.