6 Cara jimat dengan polisi takaful/insuran anda -




1. Baca dan fahami kontrak di dalam polisi anda dari masa ke semasa. Dengan peredaran masa, kita mungkin perlu menyemak semula polisi yang sedia ada atas sebab-sebab perkahwinan, bertambahnya cahaya mata dan keperluan perlindungan di saat kecemasan.

2. Jangan ambil perlindungan yang 'redundant'. Mempunyai medical card contohnya tidak memberikan apa-apa faedah sekiranya keluarga sudah memiliki medical card keluarga yang disediakan oleh syarikat tempat kita bekerja. Keperluan mungkin atas jumlah perlindungan yang disediakan oleh pihak takaful/ insuran terbabit. Namun syarikat-syarikat besar kebanyakannya menyediakan kemudahan yang agak sempurna dan manfaat besar untuk kakitangan mereka.

3. Sekiranya terancang, dapatkan semua perlindungan dari satu pengendali Takaful /Insuran. Ini lebih memudahkan cara, sewaktu tuntutan , mengemaskini maklumat dan kemudahan pembayaran.

4. Beli yang perlu saja. Seperti juga 'window shopping', lakukan seberapa banyak kajian dan pencarian maklumat dan fakta sebelum berurus dengan agen. Agen yang bertanggungjawab memberi maklumat dari sudut keperluan sebagai seorang pelanggan.

5. Ambil ikut keperluan. Seorang bujang mempunyai banyak lebihan dari gaji bulanan. Ini tidak bermakna dia perlu lebih menyimpan dengan takaful sekiranya dia seorang makan gaji. Tidak mengambil kira kejayaan di masa hadapan dan kemampuan yang mungkin lebih nanti, ambil jumlah takaful yang mampu kita langsaikan sehingga 20 atau 40 tahun dari sekarang. Terdapat banyak kes yang mana, pelanggan mahu menghentikan polisi hanya kerana keperluan untuk membeli rumah, menghantar anak ke sekolah dan berkahwin. Mengambil polisi awal adalah satu kelebihan, jadi tidak timbul isu untuk menamatkan polisi di waktu kritikal sebegini kerana jumlah potongan takaful/ insuran ini sepatutnya adalah yang paling optimum. Ingat, sekali kita menamatkan polisi yang telah diambil sejak bujang, jumlah manfaat yang sama tidak mungkin akan kita nikmati dengan jumlah sumbangan yang sama seperti asal kita mengambilnya.

6. Elakkan dari membatalkan polisi sebelum matang. Banyak kerugian sekiranya membatalkan polisi lebih awal terutama sekali sebelum 5 tahun kerana pulangan tunai masih terlalu rendah. Kaji sebab-sebab mahu menghentikannya. Ini berkait dengan fakta 5. Tiada lagi perlindungan, kerugian wang tunai dan merugikan orang lain (waris kita) kerana dengan hanya mengurangkan simpanan RM100 misalnya, kita terlepas faedah 'bantuan' disaat kecemasan.

Selamat menyimpan bersama Takaful


Anak dan Penama



Setiap kali menandatangani borang permohonan takaful, kita perlu meletakkan sekurang-kurangnya seorang sebagai penama untuk memastikan wang yang dilaburkan akan sampai kepada pihak yang sepatutnya. Salah satu tindakan yang mereka buat biasanya mahu meletakkan nama anak. Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama bukan tindakan yang dapat menyelesaikan masalah. Sekiranya nama penama dalam borang diletakkan nama anak dibawah umur 18 tahun, seorang balu contohnya perlu menunggu sehingga usia anak 18 tahun untuk mengambil wang pampasan suami.

Disamping itu penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. . Penama bukanlah pemegang hak wang tersebut sepenuhnya. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid
Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Fatwa tersebut berbunyi;
1. Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

2. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definasi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.

3. Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan  dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama., Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun atau sekiranya masih hendak meletakkan nama anak sebagai penama, pastikan terdapat nama penama lain yang berusia lebih 18 tahun.

Refer dari : rahsiatakful