Anak dan Penama



Setiap kali menandatangani borang permohonan takaful, kita perlu meletakkan sekurang-kurangnya seorang sebagai penama untuk memastikan wang yang dilaburkan akan sampai kepada pihak yang sepatutnya. Salah satu tindakan yang mereka buat biasanya mahu meletakkan nama anak. Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama bukan tindakan yang dapat menyelesaikan masalah. Sekiranya nama penama dalam borang diletakkan nama anak dibawah umur 18 tahun, seorang balu contohnya perlu menunggu sehingga usia anak 18 tahun untuk mengambil wang pampasan suami.

Disamping itu penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. . Penama bukanlah pemegang hak wang tersebut sepenuhnya. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid
Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Fatwa tersebut berbunyi;
1. Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

2. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definasi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.

3. Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan  dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama., Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun atau sekiranya masih hendak meletakkan nama anak sebagai penama, pastikan terdapat nama penama lain yang berusia lebih 18 tahun.

Refer dari : rahsiatakful

No comments:

Post a Comment