Jul 30, 2017

Cara Melunaskan Hutang Melalui Takaful Kerana Hutang Wajib Dibayar


Boleh dikatakan 90% umat Islam Malaysia terlibat dengan pelbagai hutang, di antara hutang yang dimaksudkan ialah hutang rumah, kereta, peribadi dan sebagainya. Memang semasa kita mengambil loan atau pembiayaan peribadi diwajibkan kita mengambil takaful sekali untuk melangsaikan segala hutang yang ada apabila berlaku kematian kepada diri kita.



Setiap bulan kita dikehendaki membayar hutang, waktu itu juga kita kehilangan pekerjaan, isteri pula tidak bekerja, kalau pun bekerja pendapatannya tidak cukup untuk menampung kos rumahtangga dan rawatan kita apatah lagi hendak membayar hutang.

Dalam Islam membayar hutang adalah wajib seperti Sabda Rasulullah SAW : “Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (Riwayat At-Tirmidzi) 

Sabda Rasulullah SAW : "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (Riwayat Ahmad) 

Bagaimana baik sekalipun seseorang yang berhutang, ia tidak di masukkan ke dalam syurga Allah sehingga hutangnya dapat dilunaskan. Ibadahnya kuat sentiasa,  Qiamullail dan peribadinya soleh, tetapi disebabkan hutang ia masih tergantung dan segala amalannya terabai dek kerana hutang. 

Takaful merupakan kaedah untuk menggantikan pendapatan dan melunaskan hutang.  Kita mempunyai komitmen seperti hutang dan nafkah. Pampasan yang sah dan mengikut syariah dari takaful membolehkan hutang dilunaskan dan waris meneruskan hidup dengan tenang dan lebih bermakna. InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment