Menyediakan Yang Terbaik Untuk Keluarga




Ketika muda, kita mungkin antara golongan yang tidak mengambil tahu tentang kepentingan perlunya sesuatu perlindungan untuk keluarga, pada waktu itu. Ilmu itu datang dengan berlalunya masa. Apabila sudah meningkat usia, memikirkan kehidupan keluarga, maka banyaklah agenda yang perlu direncanakan. Begitu juga dengan persediaan kita menghadapi penamatnya kehidupan.  Kita lah yang bekerja dan berusaha untuk keluarga, pastinya mahu melihat yang terbaik untuk keluarga apabila datangnya musibah yang tidak dijemput.

Kenapa kita perlu menyediakan yang terbaik untuk keluarga sebelum sesuatu musibah berlaku pada kita :

1. Kamatian atau musibah berlaku tanpa mengira usia. Apabila meninggal dunia, orang tersayang akan melalui tempoh waktu sukar dari segi emosi dan kewangan. Pampasan kewangan  adalah penguat semangat dan support disaat tekanan. Memang ianya bukan boleh menggantikan orang tersayang, namun pastinya ia mengurangkan beban kehidupan diwaktu itu.

2. Berlaku ujian berat seperti penyakit kronik, kehilangan upaya,kemalangan, lumpuh dan sebagainya adalah perkara yang perlu ditangani kerana ia menyebabkan kehilangan pendapatan dan penambahan kos  kehidupan.

3. Berlakunya musibah, akan menjejaskan bukan saja orang tersayang malah seluruh institusi keluarga. Contoh dengan berlakunya kehilangan ibubapa, tanggungjawab penjagaan anak jatuh kepada keluarga lain seperti pakcik makcik atau datuk/nenek. Penama dan hibah memainkan peranan agar pihak-pihak ini masih mampu meneruskan kehidupan selesa anak-anak dengan adanya pampasan dari ibubapa tanpa membebankan ahli keluarga lain.

4. Kos perubatan dan kos pendidikan terus semakin meningkat.  Jangan seperti melepas batuk ditangga. Mengambil premium takaful yang amat rendah dan 'janji ada' seperti menjerat diri sendiri. Sedangkan kita mampu untuk membayar lebih dari itu. Tanyalah dengan jujur dan bincangkan status kewangan dan keperluan dengan wakil kewngan takaful kita untuk mendapatkan manfaat yang paling optimum.



Melunaskan hutang itu wajib



Boleh dikatakan 90% umat Islam Malaysia terlibat dengan pelbagai hutang, di antara hutang yang dimaksudkan ialah hutang rumah, kereta, peribadi dan sebagainya. Memang semasa kita mengambil loan atau pembiayaan peribadi diwajibkan kita mengambil takaful sekali untuk melangsaikan segala hutang yang ada apabila berlaku kematian kepada diri kita.

Tapi bagaimana kalau berlaku penyakit dan lumpuh sebahagian anggota badan kita? Takaful yang diambil bersama loan,  tidak cover kerana tidak berlaku kematian. Setiap bulan kita dikehendaki membayar hutang, waktu itu juga kita kehilangan pekerjaan, isteri pula tidak bekerja, kalau pun bekerja pendapatannya tidak cukup untuk menampung kos rumahtangga dan rawatan kita apatah lagi hendak membayar hutang. Dalam Islam membayar hutang adalah wajib seperti Sabda Rasulullah SAW : “Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (Riwayat At-Tirmidzi) Lagi Sabda Rasulullah SAW : "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (Riwayat Ahmad)

Bagaimana baik sekalipun seseorang yang berhutang, ia tidak di masukkan ke dalam syurga Allah sehingga hutangnya dapat dilunaskan. Ibadahnya kuat sentiasa,  Qiyamullail dan peribadinya soleh, tetapi disebabkan hutang ia masih tergantung dan segala amalannya terabai dek kerana hutang.

Takaful merupakan kaedah untuk menggantikan pendapatan dan melunaskan hutang.  Kita mempunyai komitmen seperti hutang dan nafkah. Pampasan yang sah dan mengikut syariah dari takaful membolehkan hutang dilunaskan dan waris meneruskan hidup dengan tenang dan lebih bermakna. InsyaAllah.

Ref : Ustaz Noramin

Memang Saya Perlukan Takaful


(*Ilustrasi Contoh)

Tawaran masih terbuka dari kami. Anda memang perlukan Takaful jika :

1. Bekerja makan gaji / Bekerja sendiri
2. Bukan jutawan
3. Mempunyai hutang
4. Masih sihat wal-afiat
5. Masih muda
6. Mempunya keluarga
7. Baru berkahwin
8. Baru bekerja
9. Baru melahirkan anak
10. Mahu kemudahan di saat kecemasan
11. Mahu anak mendapat jaminan pendidikan
12. Mempunyai hutang
13. Mahu persaraan selesa

Kerana setiap satu mempunyai kos yang keluarga anda harus pikul jika sesuatu berlaku kepada anda.
Hanya dengan sehari RM3, simpanan dengan manfaat 11 dalam 1 pakej pelan perlindungan buat yang tersayang akan anda nikmati.

Menarik Takaful Keluarga




Takaful keluarga menawarkan faedah perlindungan hayat dan simpanan jangka panjang. Kita dan waris akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika kita (atau peserta dalam polisi) ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, kita juga akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan.

Selain itu :
1. Kita boleh memilih sendiri tempoh matang dalam pelan kita. Tempoh yang paling sesuai ialah 20 tahun ke atas. Kenapa? Kerana Takaful ialah komitmen jangka panjang. Kita tentu mahu dilindungi seumur hidup kita. Sekiranya mahu mengambil takaful hanya untuk setahun dua, ia tidak memenuhi tujuan kita memerlukan perlindungan itu sendiri.

2. Kita juga layak dikecualikan daripada cukai pendapatan dalam bahagian rebet yang berkaitan takaful jika anda menyertai pelan takaful keluarga.

3. Juga jangan risau, Takaful bukan skim yang merugikan manusia. Malah ianya adalah pertolongan UTAMA disaat kita menghadapi kecemasan. Ini kerana, jika perlindungan optimum yang kita ambil, disaat berlaku kesempitan seperti sakit, kemalangan atau hilang upaya, kita tidak perlu menggunakan sumber sendiri untuk membayar atau mendapatkan faedah perubatan.

4. Pastikan kita benar-benar memahami konsep pelaburan dengan takaful. Banyak aduan dan keluhan yang saya terima tentang takaful, insuran tipu, rugi, tidak dapat pulangan semula dan sebagainya, yang secara tidak langsung memberikan gambaran buruk tentang konsep takaful.

Jom sertai kami. Hubungi saya 019-3313667 untuk pertanyaan

Ambil Takaful Lebih Awal....



Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Ungkapan ini sering kita dengar, sering di lagukan. Namun ianya memberi maksud yang sangat mendalam. Begitu juga dengan sistem Takaful. Ada orang yang teragak-agak untuk memilikinya diperingkat awal. Takaful lebih sesuai di ambil sewaktu kita sedang sihat dan muda. Ini kerana sewaktu usia sudah lebih dewasa, risiko kesihatan semakin bertambah. Maka kiraan sumbangan menjadi lebih mahal berbanding dengan ketika usia muda. Malangnya terdapat ramai orang orang diluar sana yang baru sedar keperluannya apabila sudah sakit atau ditimpa masalah kesihatan. Pada masa itu berapa sumbangan yang anda sanggup keluarkan sudah tidak dapat dilindungi oleh pihak takaful. Ini kerana pihak takaful tidak melindungi sakit yang sedia ada. 
Perhatikan manfaat perlindungan kesihatan dan perubatan yang disediakan oleh syarikat dimana kita bekerja. Mungkin terdapat kekurangan seperti perlindungan untuk keluarga keseluruhannya, had setahun untuk penggunaan perubatan, dan juga had tertentu untuk sepanjang hayat. Mungkin kemudahan ini tidak mencukupi.
Hubungi saya untuk maklumat Medical Card...
Huzaimah 019-3313667

Jom Melabur - Ikhlas Capital Investment Link


Ikhlas Capital Investment Linked Takful merupakan pelan Sumbangan Tunggal Berkaitan Pelaburan (Investment-Linked). Pelaburan pilihan didalam tiga jenis dana iaitu Dana Pertumbuhan (Growth Fund), Dana Seimbang (Balanced Fund) dan Dana Pendapatan Tetap (Fixed Income Fund).

Bermula dengan pelaburan serendah RM5,000.00, anda sebenarnya telah mengorak langkah pertama ke arah perancangan kewangan yang berhemat dengan perlindungan yang diperlukan sekiranya berlaku sebarang bencana yang membawa kepada kematian atau Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD).

Pelaburan + Perlindungan.
Perlindungan 125% dari nilai pelaburan.
-Contoh : Jika pelaburan anda RM10,000.00. Nilai Perlindungan ialah RM12,500.00


Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-3313667
Untuk melihat harga semasa, layari   http://www.takaful-ikhlas.com.my



Medical Card Individual Pilihan Saya




Medical card merupakan satu keperluan terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan perubatan dan kesihatan yang disediakan dari syarikat mereka bekerja. Ciri-cirinya yang komprehensif dan mampu milik sangat sesuai bagi golongan individu bekerja sendiri dan surirumah. Orang tersayang disekeliling kita mempunyai kepentingan dan mempunyai kesan secara terus apabila sesuatu berlaku kepada kita.
Justeru itu saya mencadangkan pelan terbaik untuk sesebuah keluarga ialah apabila ciri takaful keluarga tersebut mempunyai gabungan pelan takaful simpanan+perlindungan kesihatan + medical card.

Di Takaful Ikhlas, kami menyediakan perkhidmatan individual bagi setiap pakej di mana kita tidak menggabungkan pelan takaful hayat dengan pelan medical card supaya peserta lebih mudah membuat pilihan sekiranya beliau sudah mempunyai salah satu dari pelan tersebut. Malahan jumlah yang dikira untuk kiraan pelaburan simpanan telah dinyatakan tanpa ada jumlah 'burn' yang tersembunyi sekiranya kita mengambil kedua-duanya sekali.

Diharap maklumat ini dapat memudahkan pihak tuan/puan untuk membuat pemilihan.

Untuk lebih pencerahan dalam maklumat berkaitan pelan di atas, dapatkan proposal Pelan Simpanan Perlindungan dan Medical card dengan caruman yang anda layak dapat dengan menghantarkan kepada kami maklumat dibawah :

1. Tarikh Lahir
2. Jantina
3. Jenis plan keluarga atau individu
4. Nombor telefon dan lokasi
email atau sms maklumat ini ke huzaimah@yahoo.com atau hubungi 019-3313667