Takaful Kenderaan Bermotor

Apakah manfaat yang disediakan oleh IKHLAS Motor Takaful?

1. IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR
Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga, serta kerosakan kepada harta pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda.

2. Khidmat Bantuan Jalanraya 24 jam BANTUAN IKHLAS
Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terjadi kerosakan kecemasan.Perkhidmatan ini akan membolehkan kereta anda ditunda ke panel bengkel kami yang terdekat sekiranya terjadi kemalangan (penundaan percuma sehingga RM200).

3. Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
IKHLAS MOTOR menggunakan teknologi terkini Sistem AnggaranTuntutan Elektronik
yang membolehkan kelulusan tuntutan pembaikan kenderaan yang pantas, dalam tempoh 24 jam.

4. E-Covernote
IKHLAS MOTOR membolehkan peserta kami mendapat perlindungan baru dan pembaharuan dengan segera. Ia juga dihubungkan terus secara elektronik dengan JPJ untuk pengeluaran cakera cukai jalan.
 
5. FAEDAH PILIHAN

Faedah berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-
-IKHLAS MOTORIST P.A. TAKAFUL

Kelebihan dengan Pelan Takaful Kemalangan, anda boleh memandu dengan penuh ketenangan, mengetahui diri dan penumpang anda dilindungi jika kemalangan berlaku. (Pelan ini bukan sahaja melindungi pemandu malah penumpangnya daripada kecederaan badan atau kehilangan nyawa ketika memandu, menaiki atau menuruni dari kenderaan).

Jadual Pelan adalah seperti Berikut:



Jumlah orang yang dilindungi bagi setiap kenderaan terhad kepada 5 (termasuk pemandu / pemandu yang dibenarkan).
Penambahan orang dibenarkan tertakluk kepada penambahan sumbangan (RM10.00 seorang).
Nombor maksima bagi orang tambahan tertakluk kepada kapasiti tempat duduk yang dibenarkan oleh terma dan syarat JPJ.

-Kerosakan Cermin Pecah
-Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam
-Banjir dan Ribut
-Sistem Radio Kaset

No comments:

Post a Comment