Hidupkan Hati Dengan Al-Quran



Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Setelah diterangkan yang demikian maka adakah mereka
sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati
mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? “
( Surah Muhammad : 24 )

ULASAN AYAT :

1. Segala yang terkandung di dalam Al Quran sangat tepat dan penting untuk direnungkan
kerana ianya dapat menghidupkan hati yang sedang mati dan dapat menimbulkan
semangat yang tinggi.

2. Segala-galanya yang berhubungan tentang dunia mahupun akhirat ada terdapat di
dalam Al Quran. Sehinggalah kepada rakaman kisah, sejarah zaman Para Nabi dan
sahabat terakam di dalamnya. Al Quran menceritakan kebinasaan umat terdahulu, maka
dapat kita jadikan sebagai peringatan serta nasihat bagi perjalanan hidup kita.

3. Kita hendaklah meletakkan Al Quran sebagai pedoman, bukan sahaja di baca sematamata,
di bawa kemana-mana, atau di pertandingkan, malah apa yang lebih diutamakan
ialah sejauhmana kita memahami dan mengamalkan apa yang terdapat di dalam Al
Quran.

4. Hari ini, kita sudah tidak ambil peduli dengan Al Quran, sehingga akibatnya Al Quran
semakin menjauh dari diri kita, akhirnya kita jarang malah sangat sedikit membacanya,
apabila kurang membaca maka jauh sekali untuk kita menghayati serta mendapat
peringatan yang menyedarkan hati kita untuk membuat persiapan diri menuju hari
akhirat.

5. Oleh itu, sempurnakan hiasan iman dan cahaya di hati dengan memahami dan
memikirkan secara memerhatikan apa yang diberitakan oleh Kekasih kita di dalam
kalamNya. Moga hati dan jiwa kita TIDAK terkunci menerima ajaran AL Quran,
bermohonlah agar hati kita sentiasa hidup dan sedar dengan cahaya Al Quran.
WALLAHU’ALAM

Dari : Jabatan Pematuhan Syariah,
Takaful Ikhlas

No comments:

Post a Comment