Balasan Bagi Orang Yang Meringankan Beban Orang Lain





Maksud Hadis Rasulullah S.A.W:

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah S.W.T akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah S.W.T akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, pasti Allah S.W.T akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Allah S.W.T pasti akan menolong hambaNya selagimana hambaNya berusaha menolong saudaranya…”
(Hadis Riwayat Muslim)

Pengajaran Hadis:
Kelebihan membantu melepaskan kesusahan orang beriman, sama ada pada anggota badan mahupun harta mereka, adalah antara sebab untuk selamat daripada bebanan di hari Kiamat.
Sesiapa yang meringankan beban orang lain, lebih‐lebih lagi orang berada dalam kesusahan, Allah S.W.T akan memberikan dua balasan kepadanya iaitu kemudahan di dunia dan kemudahan di akhirat. Ini adalah janji Allah S.W.T dan Rasul‐Nya.
Allah S.W.T akan menolong orang yang membantu seseorang yang lain dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, bukan perkara yang membawa kepada dosa dan permusuhan.
Dalam hubungan kita sesama saudara yang lain kita perlu sentiasa menutup keaibannya. Sudah pasti sebagai balasannya Allah S.W.T akan menutup aibnya di akhirat nanti.
Dalam konteks kita sebagai pekerja bagi sesebuah organisasi, kita perlu sentiasa membantu rakan‐rakan sekerja yang lain khususnya mereka yang berada di dalam kesusahan serta menjaga aibnya.
Kerjasama antara satu sama lain amat penting untuk kemajuan sesebuah institusi.
Janganlah kita mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan keadaan orang lain.
Setiap satu kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Realiti hidup masyarakat pada hari ini, kebanyakan mereka lebih suka untuk menjatuhkan orang lain dan mementingkan diri sendiri daripada sama‐sama membantu untuk mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment