Cara Hebat Untuk Berjimat dan Lihat Hasilnya Setelah Sebulan atau Setahun




Semua orang agak terganggu dengan kenaikan harga barang dan kos kehidupan. Semua orang mengeluh dengan GST mahupun harga barang naik yang mula menampakkan kesan di sana-sini. Kisah kali ini bukan untuk mengulas tentang kenaikan kos hidup lagi. Disekitar kita dipenuhi dengan tuntutan dan kenaikan belanjawan sedangkan untuk orang yang makan gaji, kenaikan cuma setahun sekali rata-ratanya. Apa yang kita boleh lakukan ialah menambahkan pendapatan atau melakukan penjimatan. Di sini ada beberapa tips kewangan yang nampak simple namun mampu dilakukan oleh semua orang dan semua peringkat umur.

1. Mula dengan menghapuskan hutang terlebih dulu.
Buat sedikit-sedikit  Apabila hutang sudah tiada, barulah wang tersebut boleh digunakan untuk simpanan.



2. Tetapkan matlamat Tabungan
Salah satu cara yang sering dipesan oleh mentor saya dan telah terbukti berkesan ialah dengan meletakkan jumlah dan tempoh sebenar simpanan malah lebih baik jika kita tahu untuk apa ianya akan digunakan nanti. Contoh termudah ialah untuk pergi menunaikan umrah. Untuk orang Islam yang beriman, matlamat ini akan secara automatis menjadi satu target yang jelas nyata dan di dalam minda, tak sabar untuk memenuhi impian itu. Juga, fikirkan untuk bersara dengan selesa dan tenang.

3. Potong atau kurangkan belanja yang berlebihan dimana yang boleh
Ada sesetengah perkara yang kita tidak sedar yang kita telah gunakan secara berlebihan. Pakej astro, pakej UNIFI, tenaga elektrik, air, kredit card, kad touch and go, petrol dan banyak lagi bil semasa boleh di semak semula penggunaannya.

4. Membeli belah diwaktu 'sale' atau bersifat bermusim
 Contoh dimusim perayaan atau sewaktu Mega Sale kerana diwaktu ini banyak barangan diberi potongan malahan sehingga 80%. Namun jangan mudah tertipu dan biarlah menang membeli dan menang memakai.

5. Beli secara pukal kerana ia lebih murah berbanding

6. Jimat penggunaan petrol kereta anda dengan memastikan tayar kereta mempunyai tekanan angin yang cukup dan ini mampu menjimatkan mielage. Kurangkan penggunaan aircond atau guna laluan bijak.

7.Guna pengangkutan awam (bas + lrt + monorail) sekali sekala untuk elakkan jalan yang sesak, bayaran parking yang mahal serta lain-lain. Bagi yang ada motosikal atau basikal juga digalakkan guna seoptimum mungkin jika ianya praktikal dari segi masa, kos & tenaga.

8. Kurangkan makan diluar terutama ke restoran fastfood. Belajarlah memasak sendiri dan makan makanan dirumah dengan bahan makanan yang lebih asli dan sedap. Bawa bekal makanan sendiri jika boleh dan mula menghargai kesihatan dan kawalan kalori. Otak pun akan berfungsi pada tahap optimum.

9. Berhenti merokok dan perkara yang nampak 'menyeronokkan' yang sebenarnya hanya membazir

10. Potong kos di mana perlu sekiranya perlu untuk makan diluar, contohnya beli makanan di kedai yang menjual dengan harga lebih murah untuk jenis makanan yang sama. Ditempat saya, kedai makanan seafood lebih murah kosnya berbanding order makanan sama di kedai mamak. Pesan air suam apabila makan makanan berat.

11. Elakkan cek tendang atau lewat membayar kad kredit.

12. Refinance rumah semasa sekiranya sudah lama tidak membuat demikian. Memang ada sesetengah orang tidak perasan yang kadar pinjaman ke atas rumah sepuluh tahun dahulu lebih tinggi berbanding sekarang. Bincangkan cara untuk menjimat dengan pihak bank.

Ada banyak lagi kaedah untuk menjimat wang. Kita perlu semakin matang dalam mengurus kewangan di zaman yang serba memerlukan ini. Dengan cara itu kita tidak tersepit dalam masalah kewangan yang tidak sepatutnya.

No comments:

Post a Comment